Artikel Pilihan

SIC RACING TEAM – SEDIA MENCABAR SAINGAN MOTO2 & MOTO3

Rasanya sepanjang beberapa minggu lepas banyak berita yang mengujakan dalam arena lumba motor negara. Terutamanya membabitkan pelumba Motor sensasi negara, Hafizh Syahrin.

BACA : HAFIZH SYAHRIN HAMPIR PASTI KE MOTOGP

BACA : PASANG JENTERA MOTO2 3 MINIT SAHAJA!

Tapi yang ini bukan mengenai Hafizh yang ingin Brader kongsikan, tetapi mengenai pengumuman rasmi, tentang SIC Racing Team serta kembalinya Zulfahmi ke pangkuan. Umum mengetahui bahawa SIC Racing Team baru juga membuat perkhabaran bahawa mereka akan bertanding dalam kategori Moto2 setelah bersaing dalam Moto3 sebelum ini sekitar penghujung tahun sudah.

Umum juga mengetahui bahawa diawal penyertaan dalam saingan Moto2 tidak lain dan tidak bukan demi menyambung karier Hafizh Syahrin setelah pasukan lamanya Raceline menyatakan hasrat untuk menarik diri.

Tapi itulah, lain yang dirancang, lain pula yang datang. Ini semua ketentuan Allah SWT yang tiada siapa pun tahu. Sesungguhnya Dia-lah sebaik-baik perancang. Apabila Hafizh dikhabarkan dilamar untuk pasukan Tec3, sudah tentulah SIC harus mencari pelumba ganti dengan kadar segera. Dan khabar angin mengatakan, orang yang sepatutnya menggantikan tempat Hafizh adalah tidak lain dan tidak bukan, Abang Japar. Namun ditolak atas faktor usia yang menjangkau Kilauan Emas.

Dan orang yang paling layak, tidak lain dan tidak bukan, Zulfahmi Khairudin. Setelah menghabiskan dua musim dalam saingan Supersport World Championship sebelum ini ternyata rezeki buat beliau untuk kembali ke kancah Moto2.

Dan sewaktu sesi ujian pramusim yang dijalankan sebelum ini, Zulfahmi yang menunggang motosikal Kalex 600cc buat pertama kali di Circuit Ricardo Tormo tampak sedikit gemuruh, menurut Pengurus Pasukan Johan Stigefelt. Tapi sebagai pelumba berpengalaman, nak mencari keserasian diantara Jentera dan Krew pasti tidak sukar buat Zulfahmi.

Dan untuk meneruskan kesimbungan dalam saingan dalam saingan Moto3, pasukan si adik, Petronas Sprinta Racing telah dijenamakan semula atas faktor penajaan. Walaupun di bawah pengurusan yang sama, tetapi paling ketara adalah kehadiran jenama Petronas Sprinta yang cukup sinonim dalam perlumbaan motor, terutamanya Cub Prix. Cubaan mengangkat jenama ke peringkat yang lebih tinggi barangkali.

Penggunaan warna tema baharu ke atas jentera Honda 125cc ini ternyata kelihatan agak garang juga sebenarnya. Geng-geng motor moped 150 cukup gemar mengenakan warna tema sebegini. SIkit hari nampaklah kelibat warna serupa ini.

Pasukan ini membariskan gandingan pelumba Malaysia dan Jepun, Adam Norrodin dan juga Ayumu Sasaki. Nama Adam Norrodin ini rasanya ramai peminat mengenali beliau juga. Persembahan Adam dalam musim yang sudah boleh tahan menarik juga.

Dan untuk kesekian kalinya, pasukan ini akan terus bersama jentera Honda NSF250RW. Sudah pasti para Jurutera cukup masak untuk mencari tetapan yang terbaik bagi kedua-dua pelumba.

Apa pun, tahun ini kalendar MotoGP negara pasti cukup meriah dan dinantikan peminat. Semoga yang terbaik buat barisan pelumba negara kita.

Kredit Foto : wwwsicracingteam.com

Google ads
Back to top button