Motosikal

PENGELUAR CHINA, QJ MOTOR SERTAI MOTO3

QJ Motor yang merupakan salah satu pengeluar motosikal terbesar di China menyertai saingan Moto3 pada musim baharu ini.

Pengeluar yang semakin menempa nama di pasaran Eropah melalui Benelli itu memeterai perjanjian dengan KTM untuk penjenamaan semula jentera perlumbaan RC250GP.

Terdahulu, jentera berkenaan digunakan pasukan Avintia Espinsorama Moto3.

Bagaimanapun, Qj Motor tidak akan terlibat dalam penyelidikan dan pembangunan jentera terbabit.

Kehadiran pengeluar dari China itu dalam siri perlumbaan Moto3 adalah untuk meningkatkan jenama QJ Motor.

Pada musim ini, QJMotor Avintia Espinsorama akan mendapat khidmat pelumba Matteo Bertelle dan Elia Bartolini yang merupakan ‘produk’ akademi VR46.

Selain QJ Motor, pengeluar popular China, CFMoto turut bergandingan bersama Prustel GP dalam penjenamaan semula jentera KTM pada musim 2022. – rideapart

Google ads
Back to top button