
DAMOK SASAR KEPUTUSAN POSITIF DI GRAND PRIX AMERIKA SYARIKAT
Pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau lebih dikenali sebagai Damok, mensasarkan keputusan terbaik di Grand Prix (GP) Amerika Syarikat hujung minggu ini.
Dalam perlumbaan GP Argentina di Litar Termas de Rio Hondo, damok berjaya meraih lima mata pertamanya musim ini dengan menamatkan perlumbaan di tempat ke-11.
Di GP Amerika Syarikat, Damok positif mampu berada di kelompok ke-15 terbaik dalam sesi latihan pertama.

“Alhamdulillah selepas keputusan yang baik di Argentina, saya kini lebih gembira dan positif dan pasukan saya juga bersedia untuk memberikan yang terbaik dalam pusingan ketiga di Austin,” katanya.
“Ini merupakan kali pertama saya di litar ini dan saya telah membuat beberapa ulangkaji dengan menonton perlumbaan tahun lepas untuk mengkaji sedikit sebanyak berkenaan litar.
“Target saya untuk mencapai kelompok ke-15 terbaik dalam setiap sesi dan akan cuba sehabis baik untuk mendapatkan keputusan terbaik,”
Untuk rekod, Damok kini menghuni tangga ke-17 keseluruhan bagi saingan kelas Moto3 sementara posisi pertama dikuasai oleh pelumba Sepanyol, Daniel Holgado, mengumpul 38 mata.