Buletin

SINGAPURA AKAN HENTIKAN PENGANJURAN F1 SELEPAS 2017

Singapura, satu-satunya venue pengajuran sukan Formula Satu versi malam di rantau ini dikatakan akan menghentikan penganjuran sukan tersebut selepas 2017 – sebaik sahaja kontrak penganjuran mereka tamat.

Ia sesuatu yang agak mengejutkan kerana mereka yang pertama kali menganjurkan sukan ini pada 2008 kelihatan agresif dengan pelbagai promosi dan publisiti di seluruh dunia.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semasa temubual bersama majalah Jerman, Auto Motor Und Sport, pemilik F1 Bernie Ecclestone mendakwa Singapura tidak berminat menyambung kontrak F1 selepas 2017.

BACA – HONDA KEMBALI SERTAI FORMULA SATU

BACA – MASSA UMUM BERSARA DARI GRAND PRIX F1

Beliau juga mendakwa, Singapura sudah mencapai matlamatnya, untuk mempromosikan negara mereka.

Setiap negara mempunyai matlamat berbeza dan kelihatannya, Singapura sudah mendapat apa yang mereka mahukan dalam tempoh 8 kali penganjuran sukan berprestij tersebut.

Walaupun mengakui bahawa penganjuran Formula Satu menelan belanja yang besar, beliau turut memberitahu bahawa ia juga menghasilkan keuntungan jangka panjang yang bagus.

jaguar-formula-E-mekanika (2)

Pada September lalu, Menteri Perusahaan dan Industri Singapura, S Uswaran memberitahu wartawan bahawa belum ada keputusan dibuat untuk menyambung kontrak F1.

Beliau membuat kenyataan tersebut sebulan selepas pusingan perlumbaan F1 yang menyaksikan catatan jualan tiket paling teruk dalam sejarah.

Dalam 3 hari perlumbaan tersebut, mereka hanya menjual 219,000 tiket atau kehardiran purata 73,000, kemerosotan 15 peratus berbanding tahun sebelumnya.

 

 

Google ads
Back to top button