Skuad penyiasat mekanika semalam mendapat sumbangan beberapa keping gambar sebuah SUV yang sedang diuji di sebuah lokasi rahsia. Dengan warna oren keemasan menyerlah dan rekabentuk yang cukup mengiurkan, pertama kali melihatnya, percaya model SUV ini berasal dari negara Eropah yang lebih gemarkan keju berbanding apam balik
SUV segak bergaya ini mengenakan logo DS7. DS adalah satu entiti baru daripada kumpulan PSA bermula dari tahun 2009 yang berasal dari Citroen. DS merupakan akronim kepada Different Spirit ataupun Distinctive Series.
Berdasarkan carian dan pengamatan di atas talian, kami mendapati model ini mempunyai rekabentuk yang sangat sama dengan DS7 yang telah dilancarkan pada tahun 2017 dengan matlamat untuk mencabar BMW X3, Audi Q5 dan juga Mercedes-Benz GLC
Untuk pasaran Eropah, terdapat beberapa pilihan enjin yang ditawarkan seperti 1600cc THP empat silinder dengan kuasa 180hp atau 220hp, enjin 1200cc Puretech Turbo 130hp dan juga 1600cc blueHDi turbodiesel 160hp.
Manakala pilihan transmisi termasuklah kotak gear 6 kelajuan manual dan 8 kelajuan automatik. Enjin dan kotak gear mana yang digunakan untuk pasaran Malaysia masih belum pasti dan kami percaya unit ujian ini akan memberikan keputusan akhir kepada pengeluarnya untuk menetapkan transmisi yang sesuai untuk pasaran di sini.
Semua kuasa enjin akan disalurkan kepada roda depan menjadikan model ini sebuah FF (front engine, front wheel drive)
Tetapi, tekaan awal kami sudah pasti kotak gear 8 kelajuan yang akan menjadi pilihan untuk pasaran Malaysia. Lupakan saja kotak gear manual, tak semua rakyat Malaysia rajin menekan klac dan menukar gear secara manual
Manakala untuk cesi, ia menggunakan cesi EMP2 dari Kumpulan PSA yang turut dikongsikan dengan Peugot 3008 dan juga Peugot 5008. Rekaan ini menggunakan pendekatan 5 pintu dan juga 5 tempat duduk
Sudah pasti rekabentuk lampu utama hadapan yang berbentuk berlian dan lampu belakang dengan lampu posisi belakang dengan teknologi LED menjadi perhatian utama.
Lampu depan SUV ini datang teknologi LED dengan berwarna ungu kristal. Nampak seperti berlian. Kalah batu berlian Thanos. Manakala lampu belakang direkabentuk dan disusun seperti bentuk 3D, tak sama dengan mana mana pengeluar.
Apa pendapat anda berkenaan rekabentuk SUV DS7 ini?