Artikel PilihanBuletin

KILANG PENGELUARAN HONDA CIVIC TYPE-R DI UK AKAN DITUTUP

Seperti yang pernah kita dengar sebelum ini, Honda akan menutup kilang pemasangan kenderaan mereka di UK pada tahun 2022. Pengumuman rasmi dijangka akan dibuat tidak lama lagi, tetapi menurut laporan dari agensi berita Reuters ia sudah disahkan.

Sebanyak 3,500 kakitangan kini berdepan risiko hilang pekerjaan. Ini bukanlah kilang pemasangan yang kecil malah ia adalah satu-satunya fasiliti yang memasang Honda Civic Type-R untuk pasaran seluruh dunia. Kilang di Swindon ini juga bertanggungjawab memasang CR-V untuk pasaran luar negara, khususnya untuk Eropah.

Semua pengeluaran ini mungkin akan beralih ke Jepun. Persoalannya, kenapa Honda menutup kemudahan ini, yang membina lebih 160,000 kenderaan pada tahun lepas, atau kira-kira 10 peratus daripada jumlah pengeluaran Britain sebanyak 1.52 juta kereta?

Ia tiada kena mengena dengan Brexit, kata ahli undang-undang tempatan Justin Tomlinson (yang mengundi Brexit).

Beliau menjelaskan kepada Reuters bahawa keputusan Honda tidak bersangkut paut dengan Brexit, tetapi “mencerminkan pasaran global. Mereka (Honda) berusaha untuk menyatukan pengeluaran di Jepun.”

Walaupun itu mungkin benar, pembuat kereta Jepun itu telah memberi amaran kepada UK memuktamadkan kesepakatan Brexit dengan EU bagi memastikan pelaburan mereka di negara itu terus bertahan. Hakikat bahawa masih belum ada kesepakatan yang dibuat menjelang tarikh akhir bulan depan benar-benar menggusarkan Honda.

Nissan, sebagai contoh, sebelum ini mengumumkan bahawa ia telah membatalkan rancangan untuk membina SUV X-Trail yang baru di kilang Sunderland, UK. Walaupun kilang masih beroperasi pada masa kini, hakikat bahawa ia kehilangan apa yang mungkin akan menjadi kenderaan paling laris adalah satu kerugian besar

Bukan sahaja pembuat Jepun yang bimbang tentang pasca-Brexit UK, Jaguar Land Rover, pembuat kereta terbesar di Britain telah 10 peratus tenaga kerja, tetapi ia juga kerana jualan di China yang perlahan.

Toyota juga mempunyai kilang pengeluaran di UK, tetapi masih belum ada sebarang keputusan mengenai status masa depan mereka.

Tags
Google ads
Back to top button