
SSANGYONG LANCAR TRAK PIKAP REXTON SPORTS DI KOREA SELATAN –HARGA BERMULA RM88,800
Pengeluar kenderaan dari Korea, SsangYong baru-baru ini memperkenalkan trak pikap terbaharunya, Rexton Sports. Sebelum ini, trak pikap SsangYong dikenali sebagai Actyon Sports atau Korando Sports, bergantung kepada pasaran.
Dibina di atas platform Rexton G4, jentera itu merupakan sebahagian daripada model-model baharu SsangYong yang juga merangkumi EV.
Diposisikan di bawah trak pikap Musso, Rexton Sports disasarkan kepada pengguna yang mahu menjalani gaya hidup aktif.
Tempahan Rexton Sports sudah dibuka di Korea Selatan dengan harga bermula 23.5 juta won (RM88,800) sehongga 30.9 juta won (RM116,700) seunit. Sama seperti Rexton G4, trak pikap itu menguna gabungan suspensi double wishbone di hadapan dan five-link pada roda belakang.
Ciri yang ada pada trak pikap ini dilihat agak bagus. Sebagai contoh, varian asas ‘Wild’ dipasang dengan cermin sisi dengan pemanas dan boleh dilipat secara elektronik. Selain rim aloi bersaiz 17 inci, lampu nyalaan siang LED, kawalan jelajah, penstriman audio Bluetooth, enam unit pembesar suara serta rangkaian ciri keselamatan.
Rexton Sports dipacu oleh enjin turbo diesel e-XDi220 bersesaran 2.2 liter. Mampu menjana kuasa sehingga 178PS, ia dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik enam kelajuan
Varian ‘Adventure’ yang bertransmisi automatik dilengkapi rim aloi bersaiz 18 invi, lampu LED, kemasan kulit, pemanas pada stereng dan sistem kemasukan tanpa kunci.
Jika pelanggan memilih varian ‘Prestige’ dengan pakej ‘Noblesse’, mereka akan menerima kemasan kulit Nappa, ventilasi pada tempat duduk hadapan, beg udara sisi, sistem infotaimen bersama paparan pemantauan bersaiz 9.2 inci dan banyak lagi.
Rexton Sports bakal berada di pengedar SsangYong di Korea Selatan bermula 9 Januari. Pasaran Eropah dan United Kingdom pula akan menerima trak pikap tersebut pada hujung tahun ini.