
SSANGYONG KORANDO 2019 – BAKAL DEBUT DI GENEVA BULAN DEPAN
Sedia maklum bahawa jenama SsangYong sudah lama arwah di pasaran Malaysia. Ketika ia aktif berniaga di pasaran tempatan, banyak juga model yang ditawarkan.
Antaranya ialahi MPV Stavic, SUV Kyron, Rexton, trak pikap Actyon, Korando serta sedan Chairman. Biarpun begitu, jenama SsangYong dilihat masih terus menghasilkan model-model baharu terutama untuk pasaran Korea dan Eropah.

Terkini, pengeluar dari Korea Selatan itu mendedahkan foto SUV terbaharunya, Korando. Jentera yang tampil dengan rekaan menarik itu dijadual diperkenalkan kepada umum sewaktu acara Geneva International Motor Show 2019 yang akan berlangsung bulan depan.
Sekali pandang, rekaan luarannya jelas dipengaruhi oleh model G4 Rexton yang lebih besar/ Generai keempat Korando menerima reka bentuk hadapan, garis badan sisi, lampu utama dan lampu belakang yang sama. Ia juga menerima pengaruh rekaan model e-SIV CConcept yang dipamerkan di Geneva tahun lalu.

Ruang kabin Korando cukup menarik apabila mengetengahkan bahasa rekaan “BLaze Cockpit” yang fokus kepada aspek pendigitalan. Sebab itulah papan pemukanya dimonopoli oleh skrin sentuh infohibur bersaiz 10.25 inci. Ia juga dilengkapi panel instrumen digital sebea s9 inci.
Penggunaan skrin sentuh itu membolehkan banyak butang dikurangkan. Hasilnya, rekaan konsol tengah yang lebih kems dan bersih.
Korando menawarkan kapasiti mengangkut kargo sehingga 551 liter, di samping pintu belakang kuasa.

Untuk pasaran Korea, Korando dikuasakan oleh enjin turbo diesel bersesaran 1.6 liter. Spesifikasi tepat masih belum dikeluarkan, tetapi enjin yang kini digunakan pada SUV kompak Tivoli itu didakwa sudah menerima penambahbaikan.
Dari segi keselamatan pula, Korando dipasang denga pelbagai ciri termasukla kawalan jelajah adaptif pintar, Auto Emergency Braking (AEB), Lane Keep Assist (LKAS), Driver Attention Alert (DAA), Safety Distance Alert, dan banyak lagi.