Buletin

MAHINDRA MAHU JUAL SSANGYONG. GEELY DAN BYD TAK BERMINAT

Pembuat SUV dan trak pikap Korea Selatan, SsangYong kini sedang mencari pembeli berpotensi selepas konglomerat automotif India, Mahindra and Mahindra menyatakan ia mungkin akan menjual saham majoritinya dalam syarikat yang sedang bergelut dengan hutang itu. 

SsangYong dilapor telah memilih firma penasihat untuk mendapatkan pelabur baharu.

Sahamnya naik mendadak selepas media tempatan menyatakan Geely dan BYD berminat ke atas SsyangYong yang 74.65 peratus dimiliki oleh Mahindra and Mahindra. 

Seorang wakil daripada Geely bagaimanapun memberitahu pihaknya tidak merancang untuk membuat sebarang bidaan ke atas SsangYong. BYD juga enggan memberi sebarang komen. 

SsangYong memilih Samsung Securities yang bekerjasama dengan rakan gloal strategiknya, Rothschild untuk mencari pihak yang berminat. 

Syarikat Korea Selatan kini dibebani dengan hutang yang banyak dan baru sahaja melaporkan kerugian operasi untuk 13 suku tahunan berturut-turut. Kerugian itu berikutan masalah jualan yang perlahan akibat saingan sengit dalam pasaran SUV, sebelum penularan wabak COVID-19 lagi. 

Mingu lalu, seorang eksekutif kanan Mahindra and Mahindra mendedahkan syarikat itu ingin melepaskan pegangan sahamnya di dalam SsangYong.

Saham tersebut bernilai AS$274.59 juta (RM1.17 bilion) apabila pasaran saham ditutup Jumaat lalu. 

Google ads
Back to top button