Artikel PilihanBuletin

BOLEHKAH BEG UDARA MELETUP DI JALAN BERLUBANG? HASIL UJIAN INI MENGEJUTKAN

Tiada sesiapa pun dalam dunia ini yang suka lalu di jalan berlubang, hatta kenderaan 4×4 paling tinggi atau kereta kebal pun. Tiada yang seronok tentangnya, selain merosakkan kenderaan, ia juga merbahaya.

Di Malaysia, jalanraya berlubang adalah keindahan alam semulajadi yang dapat dilihat di mana-mana. Maihole tengah jalan? itulah teknologi namanya. Korek tampal korek tampal? itu biasa.

Tahap bahaya lubang jalan ini juga ada yang sehingga meragut nyawa. Kereta rosak jangan cakaplah. Kalau pakai tayar low profile, kena berhati-hati, apatah lagi musim hujan. 

Kadang-kadang rasa macam memandu kat permukaan bulan pun ada.

BACA: LELAKI INI MENANG SAMAN MAJLIS BANDARAN KERANA JALAN BERLUBANG

Apa bahaya lagi jalan berlopak dan berlubang ni?

Warped Perception telah melakukan ujian dengan menggunakan Mercedes Benz E Class di salah satu jalan paling teruk di Chicago Amerika Syarikat. 

Mereka tanggalkan pintu untuk dapat visual apa yang terjadi bila kereta masuk ke dalam lubang jalan dengan pelbagai saiz.

Ujian dijalankan beberapa kali. Kelajuan tinggi dengan lubang sederhana besar tidak mendatangkan impak teruk.

Namun pada ujian kali ketiga, beg udara sisi sebelah penumpang kanan telah meletup. Ia berlaku bila sambungan ball joint hadapan “melantun” ke dinding kerangka kereta.

Tetapi apa yang mengejutkan, pengesan beg udara yang sepatutnya menghantar isyarat masih lagi elok tak tersentuh dan lebih aneh lagi, beg udara yang terkeluar adalah di sebelah penumpang, bukannya pemandu.

 

Google ads
Back to top button