
SSANGYONG TUKAR NAMA JADI KG MOBILITY BERMULA 2023
Dalam acara yang diadakan oleh South Korean Automobile Journalists Association, Pengerusi SsangYong, Kwak Jea-Sun mengumumkan bahawa pembuat kereta itu akan dikenali sebagai KG Mobility.
Pada Ogos 2022, Drive melaporkan bahawa SsangYong akan dinamakan semula sebagai KG SsangYong Mobility. Menurut Kwak yang juga pengerusi syarikat induk baharu SsangYong KG Group berkata, “Nama SsangYong tidak lagi diperlukan, walaupun sudah 35 tahun berlalu.
“Mulai sekarang, semua kereta SsangYong akan keluar dengan nama KG. Walaupun dengan pertukaran nama, sejarah SsangYong Motor tidak akan berubah dan syarikat akan mempunyai syarat yang sama,” katanya.

Menurut laporan, nama syarikat baharu KG Mobility dijangka diluluskan oleh pemegang saham pada Mac 2023.
KG Group, gergasi kimia dan keluli, telah mengambil alih pemilikan majoriti syarikat kereta Korea itu daripada syarikat India, Mahindra pada pertengahan 2022. KG Group juga membayar hutang SsangYong berjumlah A$233 juta (RM1 bilion) pada November tahun lalu.
Walaupun menghadapi beberapa tahun yang huru-hara, SsangYong tetap maju ke hadapan dengan model baharu. Ia dijangka melancarkan SUV Torres di Australia pada 2023.
Selain SUV Torres, KG SsangYongMobility turut merancang untuk pengeluaran SUV baharu menjelang 2024 selain penambahan model Torres versi elektrik dan ute elektrik.
- BACA: PEMBELI KERETA BAHARU KIA, HYUNDAI DAN GENESIS DI KOREA SELATAN BENGANG. KENA TUNGGU SEHINGGA 30 BULAN
- BACA: KOREA SELATAN CARI PEMBELI JET ‘SEMI-STEALTH’ KF-21 BORAMAE. MAMPU SAINGI PESAWAT PERANG CHINA
- BACA: KOREA SELATAN LENGKAPKAN PENERBANGAN SULUNG JET PEJUANG BUATAN TEMPATAN KF-21
- BACA: SSANGYONG TORRES MUNCUL DI KOREA SELATAN







