" "
Buletin

SUBARU AMERIKA DEBUT WRX & WRX STI 2018

Subaru of America Inc. baru sahaja memperkenalkan model WRX dan WRX STI 2018 yang tampil dengan banyak perubahan.

subaru-wrx-sti-2018-mekanika-1

WRX for 2018
Dijana oleh enjin Boxer dengan sistem pengecas turbo dan pancitan terus bersesaran 2.0 liter berkuasa 268hp. Ia kemudian dipadankan dengan pilihan kotak gear manual enam kelajuan atau Sport Lineartronic® CVT bersama mode manual. Jentera itu juga dilengkapi sistem pacuan semua roda Symmetrical All Wheel Drive dan Active Torque Vectoring.

BACA: MEMORI 90-AN, 10 KERETA SPORTS JEPUN PALING LEJEN

WRX hadir dengan talaan baru pada suspensi hadapan dan belakang untuk meningkatkan prestasi ketika mengambil selekoh. Stereng elektrik telah disemak semula untuk memberikan rasa yang lebih semula jadi.

Pilihan Performance Package untuk varian WRX Premium didatangkan dengan tempat duduk kuasa Recaro, brek caliper berwarna merah, brek pad JURID dan rim rekaan baru bersaiz 18 inci.

subaru-wrx-sti-2018-mekanika-3

WRX STI 2018
Selain suspensi yang ditala semula, varian ini dilengkapi sistem DCCD AWD, brek yang telah dinaik taraf dan rim bersaiz 19 inci.

Jentera ini menggunakan enjin Boxer 2.5 liter berkuasa 305hp. WRX STI turut membawakan teknologi rali dengan sistem pacuan semua roda Multi-Mode Driver Controlled Center Differential (DCCD). Ciri standard yang lain termasuklah Active Torque Vectoring dan Multi-Mode Vehicle Dynamics Control.

subaru-wrx-sti-2018-mekanika-6

Brek caliper dicat warna kuning. Sistem brek berprestasi tinggi Brembo itu kini menggunakan angkup enam omboh monoblok di hadapan (dua omboh di belakang).

BACA: GARANG  SUBARU WRX STI VERSION 2

BACA: DAH KENAPA KERETA RALI BIRU SUBARU DITUKAR KEPADA GAMBAR SUNGAI?

Ruang kabin kedua-dua varian ini dinaik taraf menerusi penggunaan material lebih baik, perehat tangan untuk penumpang belakang dan macam-macam lagi. Sedan kompak itu juga hadir bersama paparan multi fungsi berdefinisi tinggi bersama 5.9 inci (sebelum ini 4.3 inci).

subaru-wrx-sti-2018-mekanika-5

Dari segi keselamatan, varian WRX Limited dilengkapi EyeSight Driver Assist Technology yang merangkumi ciri features Vehicle Hold (AVH) dan EyeSight Assist Monitor (EAM).

Mula dijual kepada orang ramai pada pertengahan tahun ini, kedua-dua model itu kelihatan lebih agresif dan dijangka dapat menyumbang kepada prestasi jualan jenama Subaru di pasaran tersebut.

Google ads
Back to top button