Buletin

SUKARELAWAN UMW TOYOTA RAIKAN WARGA EMAS

Sempena sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, UMW Toyota Motor meneruskan komitmennya untuk memberi khidmat kepada masyarakat setempat.

Volunteers UMW Toyota Motor 1

Justeru, seramai 20 orang sukarelawan daripada syarikat itu meluangkan masa menemani 30 orang warga emas di Rumah Bakti Ci Hang-Chempaka di Shah Alam. Perhimpunan tahunan ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada Program Sukarelawan Staf bagi menyemai semangat kesukarelawan dalam kalangan kakitangan UMW Toyota Motor.

Pelbagai aktiviti menarik dijalankan. Antaranya, setiap sukarelawan menemani seorang warga emas dan mereka mengambil bahagian dalam sesi karaoke sehingga tiba waktu makan malam.

Volunteers UMW Toyota Motor

Para sukarelawan ada membuat satu persembahan khas buat warga emas tersebut bagi memeriahkan lagi sambutan Tahun Baru Cina. Bukan itu sahaja, mereka turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa, menikmati hidangan Yee Sang serta diberi angpow.

“Ini adalah usaha kami untuk memberi kegembiraan kepada warga emas yang tinggal di rumah ini. Kami harap sukarelawan ini dapat menjadi sebahagian daripada keluarga mereka tidak pernah ada,” kata Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Volunteers UMW Toyota Motor 2

Turut hadir pada majlis itu ialah pengarah Operasi Sokongan Kumpulan, Mohd Shamsor Mohd Zain.

Rumah Kebajikan Ci Hang-Chempaka mengalu-alukan sebarang sumbangan untuk membantu penghuninya. Maklumat lanjut, sila hubungi Desmond Yeow di talian 03-78465593 atau emel ke alamat: [email protected]

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button