Buletin

ISUZU UNGGULI PASARAN TRAK

Produk buatan Isuzu menguasai pasaran trak di Malaysia apabila trak muatan ringan N-Series dan trak muatan sederhana F-Series mengungguli jualan dalam segmen masing-masing pada tahun 2013. 

Kurokawa 1

Ini merupakan tahun keempat berturut-turut Isuzu N-Series menjadi model paling laris dengan jualan 5,766 unit pada tahun lalu. Sekali gus mengekalkan status rangkaian trak paling popular di Malaysia.

Secara signifikannya, trak Isuzu F-Series turut menjuarai segmen trak muatan sederhana pada tahun pertama jualannya, sejak ia diperkenalkan pada pertengahan tahun 2012. Pertumbuhan jualannya mencecah lebih 60% iaitu sebanyak 566 unit.

Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia, Kimitoshi Kurokawa memuji ciri-ciri terbaik yang ada pada semua produk Isuzu. Ini termasuklah prestasi yang boleh dipercayai serta sokongan selepas jualan yang padu daripada rangkaian pengedar sah Isuzu demi memenuhi permintaan kukuh terhadap jenama tersebut.

FVR285

“Produk Isuzu menawarkan kos pemilikan yang praktikal di mana penggunaan bahan api yang cekap dan kos penyelenggaraan yang rendah jelas memberi lebih keuntungan kepada para pelanggan kami.

“Rangkaian pengedar kami yang terletak di lokasi-lokasi strategik pula menawarkan servis yang pantas dan menyeluruh untuk memastikan para pengguna dapat meneruskan kerja serta memaksimumkan produktiviti mereka,” jelas Kurokawa.

Trak N-Series yang terdiri daripada trak NKR sememangnya begitu praktikal terutama di kawasan bandar dan luar bandar. Trak NPR yang lebih besar pula memudahkan tugas mengangkut beban, di samping model berprestasi tinggi 4×4 NPS yang dilancarkan baru-baru ini.

NPS_4WD_FINAL with Fog Lamp

Kedua-dua model NKR dan NPR dilengkapi beberapa varian enjin Euro 2 berprestasi tinggi. Ia mampu menjana kuasa dan tork yang mengagumkan. Ini menjadikannya lebih cekap ketika mengangkut beban, terutama di laluan berbukit.

F-Series terdiri daripada model FTR dan FVR yang memang popular kerana prestasi mengangkut barang yang begitu praktikal. Ia juga amat popular dalam melaksanakan tugas-tugas seperti bertindak sebagai trak mesin pemampat sehinggalah kepada trak sejuk beku. FVR pula menjadi pilihan sebagai trak perjalanan jarak jauh kerana penggunaan bahan apinya yang cekap dan pastinya dapat mengurangkan kos. 

Maklumat lanjut mengenai trak paling laris di Malaysia ini, kunjungi pengedar sah Isuzu berhampiran anda. Untuk mendapatkan senarai penuh pengedar, sila hubungi talian 1300-88-1133 atau layari laman web: www.isuzu.net.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button