Buletin

SYARIKAT JEPUN BERSETUJU BAYAR ROYALTI PATEN TELEKOMUNIKASI

Tiga syarikat kereta Jepun, Nissan, Honda dan juga Toyota akan membayar yuran penggunaan paten teknologi tanpa wayar yang digunakan untuk menghubungkan kereta mereka kepada internet.

Beberapa syarikat telekomunikasi termasuk Nokia telah menuntut bayaran paten daripada syarikat gergasi Jepun itu untuk teknologi sambungan di dalam kereta yang digunakan.

Biasanya, syarikat Jepun akan membenarkan syarikat pembekal komponen tersebut untuk membayar yuran tersebut, terima kasih kepada kedudukan mereka di dalam industri automotif.

Dalam laporan terbaharu, ketiga-tiga syarikat itu bersetuju untuk membayar yuran perlesenan dan menandatangani kontrak dengan Avanti untuk standard telekomunikasi LTE.

Difahamkan, setiap syarikat itu perlu membayar yuran serendah $15 (RM68.54) hingga $20 untuk setiap kereta yang menggunakan teknologi 2G, 3G dan 4G.

Sebelum ini pada Jun 2021, syarikat Mercedes-Benz telah bersetuju untuk membayar yuran perlesenan 4G kepada Nokia.

Pengesahan berita ini timbul kira-kira lapan bulan selepas 48 syarikat telekomunkasi termasuk Ericsson, Philips, NTT, Sony Group, Panasonic dan Sharp menuntut bayaran yuran paten daripada Toyota, Honda dan Nissan. – Carscoops

Google ads
Back to top button