Buletin

POLIS CHINA RAMPAS REPLIKA LAMBORGHINI AVENTADOR GUNA BODYKIT RM1.5K

Seorang lelaki di bandar Chongqing di China disaman RM630 kerana mengubah suai sebuah Hyundai Coupe generasi kedua menjadi Lamborghini Aventador. Ubah suai ditu didakwa menggunakan bodykit berharga kira-kita RM1,500.

Pemilik kenderaan tersebut didakw cuba menjual kereta itu di jalan Chongqing yang sibuk sehingga ia menarik perhatian orang ramai termasuklah polis.

Di China, terdapat ‘buku biru’ daripada Pemeriksaan Kenderaan China yang menunjukkan data asas dan gambar kereta. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, maka pihak polis mempunyai kuasa untuk menyaman dan merampas kenderaan tersebut kerana jelas melanggar undang-undang.

Undang-undang pengubahsuaian kereta di China sebenarnya sangat ketat, tetapi jarang dikuatkuasakan. Namun, kehadiran kereta replika itu yang diparkir berhampiran pusat beli belah yang sibuk dan menjadi perhatian orang ramai. Jadi, polis tidak mempunyai pilihan lain selain memeriksa dan bertindak memberi saman.

Replika Lamborghini Aventador itu akhirnya dirampas kerana ia diubah suai secara haram dan tidak mempunyai nombor pendaftaran. Selain saman, pemilik kereta tersebut juga dipotong 12 mata (daripada 20 mata) lesen memandunya.

Pemilik kenderaan itu hanya akan mendapat semula keretanya selepas membayar saman, tanpa kit Lambo.

Google ads
Back to top button