
TESLA PANGGIL KEMBALI 1.1 JUTA KERETA, RISIKO JARI TERSEPIT PADA TINGKAP
Tesla mengumumkan kempen recall melibatkan 1,097,762 unit kenderaan di Amerika Syarikat disebabkan oleh mekanisme tingkap yang mampu membuatkan jari anda tersepit.
Menurut laporan, sistem pembalikan automatik tingkap sisi itu dikatakan tidak mampu untuk melindungi pemandu, di mana ia akan tutup dengan daya yang lebih kuat daripada yang dibenarkan di bawah seksyen 5 FMVSS 118.
Disebabkan itu, tingkap mungkin tidak akan berhenti secukupnya apabila sistem mengesan halangan pada bahagian tersebut, dan boleh membuatkan jari anda tersepit jika tidak berhati-hati.
Tesla kemudian melancarkan siasatan sejurus selepas mereka mendapati sistem pembalikan automatik tingkap itu tadi masalah tersebut, dan turut menjalankan ujian dengan menggunakan pelbagai cara termasuklah pelbagai posisi tingkap dan kadar spring yang digunakan.
Kesemua kenderaan yang terjejas akan menerima kemaskini over-the-air (OTA) manakala kereta pra-pengedaran pula akan mendapat kemaskini perisian sebelum ia dihantar kepada pelanggan.
Mujur tiada sebarang kemalangan atau laporan tuntutan waranti berkaitan isu ini dikesan.
Antara kenderaan yang terjejas termasuklah Tesla Model S (produksi 19/01/21-16/09/22), Tesla Model X (produksi 12/02/21-16/09/22), Tesla Model 3 (02/07/17-14/09/22) dan Tesla Model Y (26/11/19-14/09/22).