Buletin

SYARIKAT “SEPULUH SEN” CHINA BELI SAHAM SYARIKAT TESLA BERJUMLAH USD 1.7BILLION

Syarikat China yang dikenali sebagai Tencent (10 sen?) dikatakan telah menyempurnakan urusniaga membeli saham Tesla Motor sebanyak 5 peratus. Jumlah keseluruhannya bernilai USD 1.7 billion bersamaan RM7.5 billion.

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat mengesahkan transaksi yang melibatkan pemilikan 8,167,433 unit saham dari syarikat Lembah Silikon tersebut. Berita gembira ini telah meningkatkan harga pasaran saham Tesla kepada 3 peratus dan menurut mereka, Tencent kini merupakan pemegang saham kedua terbesar syarikat tersebut.

Tencent bukanlah sebuah syarikat yang acah-acah banyak duit terus nak labur dalam sektor automotif. Syarikat yang beribu pejabat di Daerah Nanshan, Shenzhen ini memiliki pegangan besar dalam industri media, hiburan, sistem pembayaran, internet dan perkhidmatan tambah nilai telefon mudah alih serta mengendalikan perkhidmatan pengiklanan dalam talian di China.

Tencent juga memiliki Didi Chuxing, aplikasi “Uber” versi China yang beroperasi di 400 bandar dengan lebih 400 juta pelanggan.

Apa yang kita boleh belajar mengenai perniagaan moden ialah, semakin besar untung yang dibuat dari perniagaan sedia ada, ia boleh dilaburkan untuk membeli ekuiti dalam syarikat yang mempunyai masa depan sangat bagus. Dalam kes ini, Tencent mengambil peluang mengembangkan perniagaan mereka dan siapa tahu satu hari nanti mereka mampu bina kereta Tesla versi murah untuk pasaran China.

BACA: SAMAN TESLA LEPAS REMPUH RUMAH SENDIRI

BACA: KEMATIAN PERTAMA AKIBAT AUTOPILOT TESLA

 

Google ads
"
"
Back to top button