Buletin

KEMATIAN PERTAMA AKIBAT AUTOPILOT TESLA MODEL S

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) hari ini mengesahkan seorang pemandu yang memandu Tesla S maut dalam satu kemalangan ketika menggunakan ciri autopilot pada kereta tersebut.

Tesla-Model-S-autopilot-crash-mekanika (4)

Berlaku Williston, Florida, mangsa berusia 40 tahun bernama Joshua D. Brown maut akibat kecederaan serius. Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Nasional (NHTSA) memberitahu, laporan awal menunjukkan bahawa kemalangan berlaku apabila sebuah trailer membelok ke arah kiri di hadapan Tesla itu di satu persimpangan lebuh raya.

Kamera pada Model S dikatakan gagal mengesan trak putih itu dan tidak mengaktifkan breknya.

Tesla-Model-S-autopilot-crash-mekanika (1)

Pemandu trak, Frank Baressi, 62, memberitahu Brown sedang menonton filem Harry Potter pada skrin sebelum kemalangan berlaku dan kereta itu bergerak dengan laju.

Tesla Motors Inc. dalam satu kenyataan menjelaskan “Autopilot semakin maju, tetapi ia tidak sempurna dan pemandu perlu sentiasa peka ketika memandu.” Menurut Tesla, ini merupakan kemalangan maut pertama selepas Autopilot pada model Tesla beroperasi sejauh lebih 150 juta kilometer.

Tesla-Model-S-autopilot-crash-mekanika (2)

Mode Autopilot membolehkan sedan Model S dan Model X SUV menukar lalu, meningkat atau menurunkan kelajuan berdasarkan trafik sekeliling. Ia juga boleh mengimbas dan memarkir kenderaan.

Pengasas Tesla, Elon Musk menyatakan rasa sedih  dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.

Google ads
Back to top button