Buletin

TAS 2017 – MUGEN GARU, VERSI GANAS HONDA S660  

Mugen hari ini memperkenalkan Mugen GARU, model konsep yang dibina daripada roadster kecil Honda S660 pada acara Tokyo Auto Salon (TAS) 2017.

Anak syarikat Honda yang terlibat dalam bidang bperlumbaan dan talaan itu bagaimana tidak mendedahkan sebarang maklumat mengenai GARU. Jadi, kita garu kepala aje lah dulu.

Sekali pandang, model ini memang sudah tidak ada rupa Honda S660. Semua panel badan luaran dan bahagian dalamannya telah diubah suai dengan ekstrem. Macam rupa Bugatti Veyron pun ada. Cuma enjinnya jauh lebih kecil, 0.66 liter turbo tiga silinder berkuasa 64PS.

GARU nyata menyerlah dengan badan lebar Mugen. Selain dipasang dengan rim yang cukup besar untuk badannya itu. Memang jangan harap model ini akan ditawarkan kepada pengguna awam kerana GARU pasti untuk tujuan pameran sahaja.

BACA: SIAPA DI SEBALIK HONDA S660 ROADSTER?

Inilah antara sebab kenapa TAS sangat best! Sekarang korang tahu kenapa Abang Japar sedih sangat bila tak dapat pergi sana tahun ini.

Google ads
Back to top button