Buletin

EDISI TERHAD 20 UNIT, NISSAN GT-R LM20 – 666 HP

SHARE

Apa yang anda harapkan dari sebuah Nissan GT-R supaya lebih istimewa berbanding yang lain? GT-R Black Edition? Nismo?, Liberty Walk? Rocket Bunny?

Nah. Ini dia, sempena menyambut ulangtahun GT-R yang ke 10 dan sambutan ulangtahun syarikat Litchfield Motor yang berpusat di UK, mereka menghasilkan edisi talaan khas yang dikenali dengan nama LM20.

Hanya 20 unit dihasilkan oleh firma ini dengan setiap satu daripadanya akan ditanda dengan plak khusus dengan nombor siri. Jadi apakah yang istimewa?

BACA: SKYLINE GTR-LAGENDA YANG MENGUBAH DUNIA

BACA: KENAPA NISSAN GT-R BEGITU BERKUASA

Pihak Litchfield Motor membeli model Black Edition baru dan menalanya semula. Tagline bagi LM20 ini ialah “ultimate road going GT-R”. Mereka tala kereta ini dengan 666 kuasa kuda tetapi masih mudah dipandu di jalanraya biasa.

Enjin ini telah ditingkatkan kuasanya sehingga 600 paun tork bermula dari 2,500 – 5,100rpm. Pecutan 0-60mph hanya 2.5 saat dan 0-100mph hanya 5.7. kelajuan maksimumnya melebih 322km/j.

Bukan hanya kuasa, pengendaliannya juga mendapat perkakasan baru yang terdiri dari suspensi Bilstein Damptronic dan pegas gegelung spesifikasi khas yang dibekalkan oleh Eibach. Set bar anti oleng baru juga dipasang menggantikan unit lama.

Bahagian kosmetik ditingkatkan dengan beberapa kemasan ringkas. Kami pun sebenarnya kurang sikit jenis macam Bensopra atau Liberty Walk tu. GT-R ni memang cantik dan garang seadanya.

Litchfield Motor memasang lips pada bampar depan, bilah jeriji kecil dan seksyen bawah bampar belakang. Kesemua set aero ini dibekalkan oleh pembekal sama yang membina untuk kereta F1.

British memang ramai rumah penala (tuning house?) yang berpotensi memajukan kereta Jepun. Lihat sahaja Prodrive dan jika anda masih ingat, EVO X edisi has FQ400 datangnya dari UK juga.

Dipendekkan cerita, berapakah harganya? 96,995 pound sterling atau RM522,000. Tidaklah mahal sangat, tapi kalau bawak masuk sini harganya sudah tentu boleh beli sebuah 911 GT3RS. Payah..payah..

Apapun, GT-R ni memang cantik, kemas (tengok Rays TE37 tu) dan laju. Kami yakin, walaupun hanya 20 buah sahaja yang dihasilkan akan ada 1, 2 buah nanti yang akan diimport masuk oleh penjual kereta recond nanti.

Ini kereta global dan bila pemanduan sebelah kanan, pasarannya lebih kecil.

Terima kasih Nissan!

BACA: GT-R AMS TERPANTAS DI BUMI

BACA: GT-R EKANNO RACING DARI BAHRAIN

 

 

 

Tags
Google ads
Back to top button