
TAWARAN HEBAT MITSUBISHI!
Sekarang adalah masa yang terbaik untuk memiliki kenderaan Mitsubishi. Sebabnya, Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) kini menawarkan promosi hebat untuk model kenderaan tahun 2012 yang terpilih.
Promosi ini melibatkan program penyelenggaraan sehingga dua tahun, rebat wang tunai mencecah RM10,000 dan pelbagai aksesori tulen Mitsubishi (sehingga stok masih ada).
Bermula sekarang hingga 31 Ogos depan, pelanggan yang menempah dan mendaftar SUV kompak ASX akan menikmati program penyelenggaraan percuma selama dua tahun, rebat tunai sehingga RM8,000 dan aksesori tunai bernilai RM1,300. Anda juga boleh memilih untuk mengambil rebat tunai sehingga RM10,000 dan aksesori tunai bernilai RM1,300.
Bagi mereka yang menempah Lancer Sportback pula, anda boleh memilih di antara menikmati program penyelenggaraan percuma selama dua tahun dan rebat tunai sebanyak RM1,000 atau rebat tunai sehingga RM3,000.
Beli model Mirage CVT GL, anda layak untuk menerima penyelenggaraan percuma selama dua tahun, Tonneau Cover percuma dan kad hadiah Petronas bernilai RM1,000.
Sebagai tambahan, pelanggan yang menempah Pajero Sport VGT ditawarkan dengan program penyelenggaraan percuma selama dua tahun, rebat tunai sehingga RM5,000 dan aksesori tunai bernilai RM1,800 atau rebat tunai sehingga RM7,000 .
Promosi ini turut merangkumi mereka yang menempah dan mendaftar model-model Triton. Bagi Triton MT, program penyelenggaraan percuma selama dua tahun, rebat tunai sehingga RM5,000 atau rebat tunai sehingga RM7,000 akan diberikan.
Pembeli Triton VGT pula akan menikmati program penyelenggaraan percuma selama dua tahun, rebat tunai sehingga RM6,500 atau rebat tunai sehingga RM8,000.
Pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun Mitsubishi meliputi alat ganti dan kos buruh. Antara alat ganti yang terlibat ialah minyak enjin, penapis minyak, pembersih udara, bendalir brek, cecair penyejuk, differential oil dan minyak transmisi (berdasarkan kepada servis berjadual).
Jadi, tunggu apa lagi? Kunjungi bilik pameran Mitsubishi terdekat anda. Maklumat lanjut mengenai promosi dan siri jelajah akan dating, layari laman web: www.mitsubishi-motors.com.my atau ‘Like’ kami di Facebook: https://www.facebook.com/MitsubishiMotorsMalaysia.
[hr] Galeri


















