Motosikal

MENANG MOTOSIKAL DENGAN SHELL ADVANCE

Bayangkanlah jika anda berpeluang untuk memilih satu daripada tiga motosikal impian. Sebenarnya, inilah hadiah utama yang menanti tiga pemenang bertuah peraduan Shell Advance ‘Win the Ride of Your Choice’ bermula 1 Jun hingga 15 Ogos 2013.

Ketiga-tiga pemenang boleh memilih untuk membawa pulang motosikal sport Honda CBR250RR, motosikal dwiguna Kawasaki KLX250 atau skuter Vespa GTS250. Semua motosikal itu juga dihiasi lambang Shell Advance ekskslusif. Sementara sepuluh pemenang hadiah kedua pula akan menerima wang tunai RM1,000 setiap seorang.

shell menang

Cara untuk memenangi motosikal dan wang peraduan ini cukup mudah. Anda hanya perlu membeli satu pek minyak enjin motosikal Shell Advance 4T 1 liter dan hantarkan jawapan satu soalan mudah melalui SMS bersama kod unik yang ada pada label pek.

Peraduan ini adalah sebahagian daripada kempen jenama global Shell Advance tahun ini yang berazam membantu penunggang motosikal merasai keseronokan pada setiap  tunggangan.

Pengurus Pemasaran Kelompok, Shell Lubricants Selatan Asia Tenggara, Alex Lim memberitahu tawaran hadiah menarik untuk peraduan tahun ini bertujuan untuk memberi ganjaran kepada pelanggan setia Shell Advance yang kebanyakannya bergantung pada motosikal masing-masing untuk bergerak dan menyara hidup.

shell menang 3

“Kami percaya setiap penunggang motosikal menyifatkan motosikal mereka sebagai teman hidup dan ingin memiliki motosikal hebat yang mencerminkan personaliti mereka. Sebuah motosikal baru impian mereka pasti akan menjadikan setiap tunggangan satu pengalaman yang lebih menyeronokkan.  Hadiah wang tunai juga pasti besar ertinya,” kata Alex. 

Dicipta berdasarkan kefahaman yang mendalam terhadap penunggang dan keperluan mereka setiap hari, rangkaian minyak enjin Shell Advance 4T mengandungi Teknologi RCE.

Teknologi RCE menawarkan prestasi minyak yang boleh dipercayai. Ia membantu menanggalkan enapan dan mengekalkan kelikatan bagi menjamin perlindungan dan kawalan lebih baik menerusi pertukaran gear lancar serta mencegah gelinciran. Tunggangan juga jadi lebih menyeronokkan apabila getaran dan bunyi enjin dikurangkan.   

shell menang 2

Terdapat empat produk yang mudah dibezakan untuk jenis motosikal tertentu dan prestasi yang diinginkan.

Maklumat lanjut mengenai produk Shell Advance dan peraduanWin the Ride of Your Choice’, sila layari laman web: www.shell.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button