Buletin

TAWARAN ISTIMEWA 11.11 VOLKSWAGEN. JIMAT SEHINGGA RM11,000!

Sempena jualan tahunan besar-besaran, Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menawarkan JualanVolkswagen 11.11 melibatkan model Passat Elegance dan Tiguan Allspace Highline. 

Jualan dalam talian 11.11 itu dijalankan di laman Facebook Volkswagen Malaysia dan pengedar Volkswagen. Ia menawarkan rebat eksklusif ke atas kedua-dua model tersebut. Pelanggan boleh membuat tempahan di Volkswagen eShowroom pada 11 November untuk menebus rebat berkenaan. 

Passat Elegance menawarkan penjimatan sehingga RM11,000 yang merangkumi ptongan harga dalam talian dan insurans percuma selama setahun yang bernilai RM5,500 setiap satu.

Pelanggan Tiguan Allspace Highline pula akan menerima penjimatan sebanyak RM4,749 yang melibatkan aksesori percuma dan potongan dalam talian berjumlah RM3,500. 

11 orang pembeli terawal yang membeli model-model tersebut menerusi Volkswagen eShowroom akan dihadiahkan dengan Lego Volkswagen Campervan bernilai RM499 dan barangan ekslusif Volkswagen yang lain. 

Pemilik kenderaan Volkswagen sedia ada tidak dilupakan. Mereka yang menempah temujanji servis pada 11 November akan menerima pek barangan eksklusif Volkswagen bernilai lebih RM160.

Ia ditawarkan untuk temujanji servis dan pembaikan bermula 13 hingga 30 November 2020. 

Google ads
Back to top button