Motosikal

SELEPAS GP EDITION 2020, YAMAHA Y15ZR TERIMA 4 WARNA DAN GRAFIK BAHARU PULA. HARGA SAMA, RM8,168 SEUNIT

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) hari ini mengumumkan warna dan grafik baharu untuk kapcai popularnya, Y15ZR 2020. 

Model yang juga dikenali sebagai Ysuku dalam kalangan peminatnya itu kini didatangkan dalam empat warna iaitu kelabu, biru, merah dan  putih. Ia akan mula berada di pusat pengedar motosikal Yamaha berhampiran anda bermula November 2020. 

Setiap pembelian akan dihadiahkan dengan kunci cakera Yamaha bernilai RM100. 

Menurut HLYM, harga jualan asas Y15ZR 2020 masih kekal iaitu RM8,168 seunit. 

Y15ZR menggunakan khidmat enjin satu silinder SOHC dengan sistem penyejukan cecair dan pancitan bahan api bersesaran 150cc. Dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan, enjin itu mampu menjana kuasa 15.4 PS pada 8,500 rpm dan 13.8 Nm tork pada 7,000 rpm.

Kapcai yang menggunakan jenis kerangka backbone itu dipasang dengan sistem suspensi teleskopik di hadapan dan lengan ayun di belakang.

Kedua-dua roda juga dilengkapi brek cakera hidraulik. Kapasiti tangkinya pula ialah 4.2 liter. 

GALERI

Google ads
Back to top button