Buletin

TC EURO BUKA PUSAT SERVIS BAHARU

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Pengedar rasmi kenderaan jenama Renault di Malaysia, TC Euro Cars Sdn. Bhd. (TC Euro Cars) baru-baru ini telah membuka pusat servis utamanya di taman industri Hicom-Glenmarie, Shah Alam, Selangor.  

SONY DSC

Pembukaan pusat servis baharu itu dilihat selari dengan komitmen TC Euro Cars untuk mengembangkan jenama Renault di Malaysia. Memiliki keluasan mencecah 15,000  kaki persegi, ia menjadi pusat servis Renault yang paling besar di Malaysia.

Jadi, para pemilik kenderaan Renault boleh mendapatkan perkhidmatan seperti penyelenggaraan, membaiki badan kenderaan, mengecat dan alat ganti. Pusat servis itu turut menawarkan servis khas untuk kenderaan elektrik Renault.

SONY DSC

“Kami kini mempunyai 13 pusat servis di seluruh negara. Menerusi pusat servis baharu ini, kami harap dapat memberikan pengalaman pemilikan kenderaan Renault yang memuaskan kepada semua pelanggan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  TC Euro Cars, Kuan Kim Luen.

Premis itu memiliki peralatan dan kelengkapan servis terkini Renault. Sebagai contoh, alat diagnostik yang diinspirasikan daripada teknologi Formula One Renault, CLiP. Demi memberi kemudahan kepada para pelanggan, ia mempunyai 12 ruang penyelenggaraan dan mampu menyelenggara sehingga 30 buah kenderaan sehari.

SONY DSC

Pasukan servis pula terdiri daripada tiga orang Renault Electro-Mechanics dan lapan orang juruteknik. Mereka dipantau oleh dua orang juruteknik terlatih yang dikenali sebagai COTECH.

Pusat servis Renault yang lain terletak di Pulau Langkawi, Butterworth, Bayan Lepas, Ipoh, Klang, Kuala Lumpur, Melaka, Johor Bahru, Kuantan, Kota Bahru, Kuching dan Kota Kinabalu.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button
Close