Modifikasi

NISSAN SILVIA N/A

Bila sembang pasal Nissan Silvia, ramai akan membayangkan sebuah kereta coupe berkuasa turbo yang cukup handal di atas trek drift.

SONY DSC

Tetapi ramai tak sedar yang Silvia ni mempunyai versi tanpa turbo. Model inilah sebenarnya yang banyak dihasilkan untuk pasaran eksport. Mungkin sebab versi turbo sudah menenggelamkan model N/A, jadi tak ramai yang tahu tentang kewujudannya. Terutama di Malaysia kerana kita tidak pernah mengimport model Silvia secara rasmi.

SONY DSC

Kalau anda ingat Silvia N/A kurang power, memang silap lah. Enjin SR20DE yang dibekalkan sebenarnya mampu menghasilkan kuasa sehingga 165hp. Dengan berat  lebih kurang 1,200kg nisbah berat kuasa mampu memberikan rasa pemanduan kereta sports yang sebenar. Inilah yang jurutera Nissan mahukan daripada kereta ini.

SONY DSC

Silvia versi S15 ini ialah model Spec-S. Pemiliknya mengekalkan enjin asal dengan sedikit pengubahsuaian. Di Malaysia, ramai pemilik Spec-S atau model Spec J dan Spec Q (Silvia terdahulu) diubah suai dengan enjin SR20DET. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa chasis model turbo agak berbeza dari segi kekerasannya  berbanding dengan versi NA. Lebih kurang macam anda convert Honda EK3 jadi EK9 Type-R, rupa sama, tapi rasanya tak sama.

Enjin SR20DE diubah suai dengan menggantikan sistem penapis udara kepada penapis udara jenis Blitz jenis pod terbuka. Ini membantu enjin menghirup udara dengan lebih baik tanpa rasa sebu. Kabel-kabel plug asal diganti dengan kabel daripada Nology Hot Wire yang bertindak membawa voltan elektirk lebih besar dan stabil.

SONY DSC

Seterusnya, gas-gas ekzos dibuang dengan aliran yang lebih baik. Terima kasih kepada ubah suai yang dilakukan terhadap sistem ekzos enjin. Manifold ekzos enjin  diganti dengan manifold ekzos FGK yang disambung kepada paip ekzos rekaan custom berdiameter 2.5 inci.

Di bahagian hujung paip ekzos, peredam bunyi Blitz mengubah bunyi enjin kereta ini dari manja ala-ala Giyomi jadi garang macam John Rambo mengamuk dengan mesingan M60.

SONY DSC

Kotak gear model Spec-S ialah manual 5 kelajuan. Walaupun enjinnya tidak ada turbo, sistem LSD tetap didatangkan secara standard. Untuk bahagian ini, pemilik hanya menggantikan klac asal kepada klac Exedy Racing. Lain semua standard lagi.

Satu perkara menarik tentang S15 sudah tentulah pengendaliannya. Sewaktu zaman kegemilangannya, ia bersaing dengan banyak kereta sports yang hebat seperti Mazda RX7, Toyota Celica dan Honda S2000.

SONY DSC

Jadi, pengendalian kereta sememangnya dititikberatkan oleh jurutera Nissan. Model ni sememangnya mempunyai daya kawalan yang baik. Kalau tak, takkan boleh jadi jentera drift yang paling sukses, ye tak?

Untuk memantapkan lagi pengendalian kereta coupe FR ini, penyerap hentak asal sudah diganti dengan penyerap hentak boleh laras Tein. Di bahagian hadapan, siap dengan kit pillowball boleh laras.

SONY DSC

Rim-rim asal pun ditukar dengan rim Rays Engineering GramLight bersaiz 17 inci. Tayar pula ialah Bridgestone Playz bersaiz 215/45/17. Brek? Masih standard dengan angkup brek 4 pot pada roda hadapannya.

Bodykit yang digunakan ialah antara bodykit yang paling hensem dalam pasaran. Kit  Vertex ini datang lengkap dengan bampar depan, skirting sisi, apron belakang dan spoiler bonet belakang. Cermin sisi daripada Ganador. Bagi menambah kegarangan kereta, cat oren mutiara dilayangkan.

SONY DSC

Pada bahagian dalam, boleh dikatakan tak disentuh, kecuali stereng Momo Race. Itupun dah koyak…

Sebenarnya, memang susah nak jumpa Silvia versi NA dijual di pasaran terpakai sebab kebanyakannya dah disumpah jadi Spec R. Ingat nak cari juga kereta dengan harapan harganya murah. Tapi, tinggal harapan je laa… Guna je la Nissan Grand Livina tu…
[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button