Peranti

CANON LANCAR PIXMA MG7570, E460, MG2970 & iP110

Canon Marketing (Malaysia) Sdn. Bhd. (Canon) baru-baru ini memperkenalkan sepuluh produk terbaharu yang merangkumi pencetak inkjet, lazer dan pengimbas.

canon-pixma-launch-mekanika (5)

Menerusi pelancaran pencetak-pencetak inkjet yang terkini iaitu PIXMA MG7570, E460, MG2970 dan iP110, tidak hairanlah jika Canon kekal menjadi peneraju dalam industri pencetak inkjet di Malaysia sejak 18 tahun lalu.

Namun, tumpuan pastinya terletak pada pencetak semua dalam satu (AIO) inkjet PIXMA MG7570 yang hadir bersama ciri Near Field Communication (NFC).

canon-pixma-MG7570-mekanika (6)

MG7570 memberi kebebasan kepada para pengguna untuk mencetak atau mengimbas dengan mudah. Hanya perlu sentuh peranti pintar yang memiliki ciri NFC (lengkap dengan aplikasi mobile PIXMA Printing Solutions) pada zon pengesan NFC pencetak.

Buat masa sekarang, fungsi Sentuh dan Cetak (Touch and Print) hanya menyokong peranti yang dikuasakan oleh Android OS dengan sistem operasi Android v4.0 dan ke atas. Bagaimanapun, para pengguna Android and iOS tetap boleh menikmati pencetakan dan imbasan secara mobile menerusi aplikasi PIXMA Printing Solutions.

canon-pixma-MG7570-mekanika (4)

Sebagai alternatif, MG7570 juga serasi dengan sistem Mopria dan Apple AirPrint bagi membolehkan para pengguna Android dan iOS mencetak foto serta dokumen secara terus tanpa memerlukan mana-mana aplikasi pihak ketiga.

Reka bentuk MG7570 yang kemas dan kompak diserlahkan lagi dengan warna oren yang unik. Ia menawarkan padanan yang sempurna untuk persekitaran rumah atau pejabat moden. Bagi pengguna yang lebih gemarkan pilihan klasik, pencetak ini juga boleh didapati dalam warna hitam dan putih.

canon-pixma-E460-mekanika (2)

Pencetak jimat dakwat, PIXMA E460 yang turut dipamerkan tidak kurang hebatnya. Pencetak mampu milik dan jimat dakwat AIO itu kini mempunyai keupayaan Wi-Fi yang membolehkan cetakan tanpa wayar dilakukan menerusi mod satu poin akses.

Dengan kartrij tunggal dakwat hitam berharga cuma RM25 yang boleh mencetak sehingga 400 muka surat, para pengguna boleh melakukan cetakan asas, menyalin dan mengimbas pada kos yang minimum tanpa perlu berkompromi dengan kualiti.

canon-pixma-E460-mekanika (1)

Ciri penyambungan tanpa wayar PIXMA E460 juga menjadikannya sangat mudah untuk para pengguna mencetak di mana-mana sahaja di dalam rumah atau pejabat yang berada dalam lingkungan Wi-Fi melalui (Access Point Mode). Para penguna juga boleh membuat tetapan fungsi Wi-Fi pada pencetak dengan mudah, hanya perlu menekan satu butang untuk pengalaman pencetakan wayar yang cukup menyenangkan.

canon-pixma-MG2970-mekanika (1)

Bagi mereka yang mencetak sekali-sekala, tetapi mahukan pencetak yang berkualiti dan mampu milik, PIXMA MG2970 adalah penyelesaian yang ideal. Tiada kompromi dari segi kualiti fungsi cetakan, imbasan dan menyalin, MG2970 turut menyokong pencetakan awan menerusi dua perkhidmatan berbeza – PIXMA Cloud Link dan Google Cloud Print, satu ciri yang tidak ada pada pencetak AIO asas yang lain. Pencetak ini juga mempunyai ciri Access Point Mode yang menjadikan cetakan tanpa wayar semakin mudah – satu ciri penting dalam persekitaran moden pada hari ini.

canon-pixma-ip110-mekanika (5)

Pencetak mudah alih PIXMA iP110 boleh menjadi teman bagi mereka yang bekerja di luar pejabat. Nipis dan kompak, sifatnya yang mudah alih itu disempurnakan lagi dengan ciri Access Point Mode yang membolehkan para pengguna menyempurnakan tugas mencetak di mana-mana sahaja.

canon-pixma-ip110-mekanika (3)

Dengan sokongan cetakan awan, mudah alih serta kit bateri boleh dicaj semula yang ditawarkan secara opsyen, para pengguna boleh bergerak dengan mudah, tanpa berat tambahan dengan pelbagai jenis wayar, kabel atau peranti memori berasingan.

canon-pixma-ip110-mekanika (7)

Kesemua empat model pencetak inkjet Canon yang baru diilancarkan ini menyokong aplikasi dalam telefon PIXMA Printing Solutions (PPS) untuk platform iOS dan Android. Ia menawarkan pengguna penyelesaian sehenti untuk mencetak dan mengimbas daripada peranti pintar mereka. Walaupun ketika mereka berada di luar lingkungan penghala (router) tanpa wayar, fungsi Access Point Mode akan memastikan para pengguna menikmati pengalaman pencetakan tanpa wayar yang bebas.

canon-pixma-launch-mekanika (1)

Pencetak-pencetak inkjet MG7570, E460, dan iP110 boleh didapati di cawangan sah Canon yang terpilih. Manakala MG2970 pula ditawarkan di pasaraya besar terpilih. Stok-stok boleh didapati mulai sekarang dengan MG7570 berharga RM618, E460 (RM279), MG 2970 (RM238), iP110 (RM1,068) dan iP110 yang lengkap bersama bateri pada harga RM1,218.

canon-pixma-MG7570-mekanika (1)

“Dengan pelancaran pencetak ini, kami mensasarkan pertumbuhan sebanyak lima peratus dalam segmen pencetak injet. Buat masa sekarang, penguasaan pasaran Canon dalam segmen pencetak AIO dan tugasan tunggal adalah 52 peratus,” kata Ketua Bahagian Sistem Produck Pengguna (CSP) Canon, Jeffrey Kung.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button