Buletin

TEMPAH KERETA HONDA SECARA DALAM TALIAN. YURAN TEMPAHAN RM99 SAHAJA

Honda Malaysia baru-baru ini mengumumkan Platform Pra-Tempahan Kereta Baharu Dalam Talian untuk memberi kemudahan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Jadi, pelanggan kini boleh menempah kereta idaman mereka dengan yuran minimum RM99 sahaja melalui empat langkah mudah dan mengetahui status tempahan di laman web rasmi Honda Malaysia.

Fungsi pra-tempahan itu dimasukkan ke dalam laman web berkenaan lengkap bersama kalkulator pinjaman, perbandingan model dan Honda Insurance Plus. Kemudahan itu juga akan ditawarkan dalam aplikasi mudah alih HondaTouch bermula awal tahun depan.

Pelanggan yang berminat boleh mengakses platform tersebut melalui butang ‘New Car Pre-Booking’ di bahagian pembelian, sama ada di laman utama atau di laman sesebuah model kereta.

Mereka kemudian akan dibawa untuk menjalani empat langkah mudah:

  1. Pilih pengedar yang mengambil bahagian.
  2. Isikan maklumat lanjut dan model/varian yang ingin dibeli.
  3. Pelanggan akan dibawa ke laman di mana mereka boleh melihat semua maklumat dan pilihan.
  4. Buat bayaran pra-tempahan sebanyak RM99.

Kemudian, satu emel pengesahan dengan dengan semua maklumat berkaitan, termasuklah pengedar yang menerima bayaran dan nombor rujukan akan dihantar kepada pelanggan. Medaka akan dihubungi oleh perunding jualan dalam tempoh 72 jam.

Maklumat lanjut mengenai platform ini, anda boleh menghubungi nombor tol percuma Honda 1-800-88-2020 atau layari: prebook.honda.com.my

Google ads
Back to top button