Artikel Pilihan

BELI MINYAK ENJIN PETRONAS SPRINTA DAN SELFIE. BOLEH MENANG YAMAHA R25!

Bayangkan anda baru sahaja menukar minyak enjin motor kesayangan, ambil beberapa gambar swafoto, muat naik di laman sosial Instagram dan secara tiba-tiba anda memenangi sebuah motosikal Yamaha R25 dengan enjin 250cc. Mesti seronok kan?

Ya, itu sahaja yang perlu anda lakukan untuk memenangi motosikal idaman lengkap dengan pelekat perlumbaan PETRONAS ala-ala moto GP. Untuk menyertai peraduan ini pun cukup senang, tak perlu isi borang macam nak kahwin.

Apa yang anda perlu buat ialah beli mana-mana produk minyak pelincir PETRONAS Sprinta berharga RM 30 dan ke atas dalam satu resit dari stesen minyak PETRONAS, bengkel motosikal PETRONAS atau secara atas talian di laman e-dagang PETRONAS. Ada banyak produk minyak pelincir PETRONAS Sprinta, sila layari https://shopee.com.my/petronas.os untuk senarai minyak pelicir PETRONAS Sprinta.

Bawa motosikal kesayangan anda ke bengkel untuk servis. Semasa servis, anda perlu layari laman sesawang www.pengejarimpian.com atau kalau malas imbas saja kod QR di bahan hebahan seperti poster di bengkel rasmi PETRONAS atau Tent card di stesen PETRONAS.

Lengkapkan maklumat peribadi ringkas, muat naik resit pembelian dan anda akan terima kod penyertaan. Tekan butang Like Facebook @PETRONASSprinta atau Intagram @PETRONASmotorsports

Apabila sudah Like laman sosial Petronas, pastikan anda peka dengan pengumuman yang akan dibuat kerana ada empat cabaran yang akan dikemukakan iaitu pada 1 Disember, 16 Disember, 31 Disember dan 15 Januari.

Jangan risau semua cabaran ini sah dan tak memerlukan anda meniarap atas motosikal atau menunggang secara melulu. Cuma ambil gambar bersama produk Petronas Sprinta.

Pengumuman pemenang bagi peraduan Bangkitkan Derumanmu bersama PETRONAS Sprinta akan diumumkan pada 31 Januari 2021 jam 11.59 malam

Lepas bergambar, muat naik ke Instagram milik anda dan pastikan akaun dibuka kepada umum. Pastikan gambar atau video yang dirakam mengikut kreativiti anda, kalau setakat berdiri macam tiang elektrik agak sukar untuk menang.

Kalau tak menang hadiah utama iaitu motor sekali pun, anda berpeluang untuk memenangi hadiah tempat kedua, merupakan sebuah topi keledar Scorpion EXO-R1 AIR beserta barangan cenderahati Petronas Sepang Racing Team.

Untuk tempat keempat dan ketiga, dua orang pemenang bertuah akan diberi topi keledar edisi khas KYT NFJ Petronas serta barangan cenderahati Petronas Sepang Racing Team.

Bagi meningkatkan peluang kemenangan, anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan untuk hadiah utama motosikal Yamaha R25, atau tempat pertama dan kedua.

Semua pemenang akan diisytiharkan di laman sosial Facebook @PETRONASSprinta atau Intagram @PETRONASmotorsports.

PETRONAS Sprinta dengan teknologi ULTRAFLEXTM merupakan formulasi istimewa molekul ikatan minyak pelincir yang unik dengan mengawal pembentukan deposit karbon, meningkatkan kestabilan minyak pelincir, tahan haba, mengekalkan kuasa enjin, mengelakkan klac tergelincir bagi memberi respon enjin yang pantas dalam keadaan yang mencabar.

GALERI

Google ads
Back to top button