Buletin

APPLE BAKAL HASILKAN KERETA ELEKTRIK TAHUN 2024. TEKNOLOGI BATERI TERMAJU, SAHAM NAIK 3%

Apple Inc dilapor bakal menghasilkan kenderaan elektrik sendiri dengan pemanduan autonomi dan teknologi bateri tercanggih pada tahun 2024.  

Usaha menghasilkan kereta yang dikenali sebagai Project Titan itu sudah bermula sejak tahun 2014. Ketika projek itu dilihat seperti diabaikan, bekas veteran Apple yang pernah bekerja dengan Tesla, Doug Field kembali untuk mengepalai projek itu pada tahun 2018.

Dia turut membuang seramai 190 orang pekerja daripada pasukan Project Titan pada tahun 2019. Sejak itu, projek kereta Apple dikatakan berjalan lancar. Kereta keluaran Apple bagaimanapun berbeza dengan model keluaran Alphabet Inc, Waymo.

Strategi utama Apple adalah reka bentuk bateri baharu yang mampu mengurangkan kos bateri dan meningkatkan jarak dengan signifikan.  

Perkembangan itu membuatkan saham Apple naik 3 peratus pada Selasa. “Jika Apple berjaya mencapai kejayaan dalam penghasilan bateri yang canggih, ia akan menjadi pemacu untuk memulakan produksi.

“Ini kerana kos bateri merupakan halangan utama kenapa EV masih kurang diterima secara besar-besaran di seluruh dunia,” kata penganalisis daripada Evercore, Amit Daryanani.

Masih belum jelas siapakah yang bakal memasang kereta Apple. Sumber-sumber menyatakan Apple mungkin memerlukan rakan untuk memasang kenderaannya. – Reuters

Google ads
Back to top button