Buletin

TEMPAH PROTON PERSONA SEKARANG, PERCUMA PENYELENGGARAAN 3 TAHUN

Proton hari ini secara rasminya membuka tempahan awal bagi model Persona yang bakal dilancarkan minggu hadapan. Kepada anda yang berminat, boleh terus ke pusat jualan berdekatan untuk mendapatkan keistimewaan bagi pembeli terawal dengan promosi yang berakhir pada 30 September depan.

Pelanggan yang menempah sekarang bakal mendapat pakej penyelenggaraan percuma, termasuk alatganti dan kos pemasangan. Kami telah memandu uji Persona baru ini minggu lepas di trek Proton Shah Alam. Jika ulasan kami belum cukup meyakinkan anda, sila tonton video ini untuk lihat demonstrasi Persona yang diuji dengan teliti.

proton persona (6)

Terdapat 3 spesifikasi utama yang diperkenalkan oleh Proton iaitu Standard (manual dan automatik), Ekeskutif dan model Premium. Kesemua varian dibekalkan dengan 2 beg udara (kecuali premium 6 beg udara) dan spesifikasi tambahan lain sebagai ciri standard ialah Kawalan Kestabilan Elekronik (ESC), Bantuan Brek (BA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Brek Anti-kunci (ABS) serta Agihan Brek Elektronik (EBD).

Berbeza dengan model kembarnya Proton Iriz, Persona baru ini telah ditala semula dari banyak aspek. Pengendaliannya dipertingkatkan dengan cagak enjin dan penyerap getah baru. Perisian kotak gear CVT buatan Punch juga telah diperbaharui. Tahap NVH dipertingkatkan dan terdapat ciri baru pemanduan bantuan mod Eco.

proton persona (3)

Kapasiti ruang bagasi belakang ialah 510 liter, kerusi penumpang boleh dilipat pada nisbah 60:40, dan kemasukan tanpa kunci untuk model premium. Bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, anda boleh semak koleksi foto rasmi Persona di sini.

Google ads
Back to top button