Motosikal

YAMAHA JANUS UNTUK  AWEK-AWEK DI VIETNAM

Yamaha Motor Co., Ltd. baru-baru ini melancarkan skuter Janus 125cc ke pasaran Vietnam. 

Yamaha-Janus-Vietnam-2016-mekanika (2)

Disasarkan untuk pelanggan wanita berusia 20-an, Janus dikuasakan oleh enjin BLUE CORE yang menawarkan penjimatan dan mesra alam sekitar. Ia kemudian dipakejkan ke dalam reka bentuk yang cantik dan ringan.

Ini merupakan model ketiga yang dilengkapi enjin BLUE CORE di Vietnam, selepas Nozza Grande pada tahun 2014 dan ACRUZO setahun kemudian.

Yamaha-Janus-Vietnam-2016-mekanika (4)

Janus ditawarkan pada harga 27,490,000 VND (RM4,950) dan dibina berdasarkan konsep concept “Basic Scooter with Pride.

Skuter ini dipasang dengan rim bersaiz 14 inci. Sementara ruang storan berkapasiti 14 liter di bawah tempat duduk boleh menempatkan sebuah topi keledar dan baju hujan. Hanya seberat 97kg, Janus menawarkan tunggangan yang mudah dan lincah.

Yamaha-Janus-Vietnam-2016-mekanika (7)

Selain versi standard, pengguna juga ditawarkan dengan varian Janus Deluxe dan Janus Premium. Ia dilengkapi sistem Start & Stop yang akan mematikan enjin secara automatik apabila skuter berhenti di lampu isyarat misalnya. Janus Premium juga dipasang dengan sistem Smart Key sebagai satu ciri standard.

Janus Deluxe dan Janus Premium dijangka berada di pasaran pada November depan.

Yamaha-Janus-Vietnam-2016-mekanika (5)

Vietnam mempunyai pasaran motosikal yang besar. Pada tahun 2015, sebanyak 2.85 juta unit motosikal telah terjual dengan 40 peratus daripadanya ialah skuter. Yamaha mensasarkan untuk menjual 100,000 unit Janus dalam tempoh setahun.

Google ads
Back to top button