Buletin

TERIMA KASIH CHINA – NEGARA PASARAN TERBESAR PORSCHE!

Sebelum ini kami ada laporkan bahawa China bukanlah pasaran terbesar untuk pengeluar kereta super Lamborghini. Nombor satu untuk pengeluar Itali itu ialah Amerika Syarikat dan tempat kedua pula ialah Jepun.

Ini bermakna walaupun China adalah pasaran yang lumayan dengan 25 juta produksi kereta tahun lalu namun ia bukanlah kejayaan untuk kesemua jenama kereta.

Tetapi apabila benar-benar menjadi? Senyum sampai telinga.

Ini apa yang terjadi pada Porsche. Walaupun sama membuat kereta dua pintu dan berada di bawah kumpulan automotif VW, Porsche mencatat lebih kejayaan berbanding Lamborghini di China.

Pada suku pertama 2018, China sekali lagi menjadi pasaran negara terbesar untuk Porsche. Lebih dari 18,600 kenderaan terjual yang menyaksikan peningkatan tiga peratus berbanding tahun lalu.

Di benua Eropah, lebih dari 20,600 unit kenderaan diserahkan kepada pelanggan dengan peningkatan sebanyak lapan peratus. Di negara asal Jerman pula, lebih dari 7,700 kenderaan terjual dengan peningkatan sebanyak lapan peratus.

Walaupun Porsche adalah satu jenama yang kuat dalam segmen sport dua pintu tetapi model yang membantu melonjakkan jualan bukan model tradisi mereka.

BACA: MAAF, CHINA BUKAN PASARAN TERBESAR LAMBORGHINI

Terima kasih kepada trend dan permintaan SUV, lebih dari 23,000 unit Macan terjual di serata dunia. Walaubagaimanapun, model 911 tetap laris dengan jumlah jualan lebih dari 9,600 unit dengan sejumlah peningkatan iaitu 35 peratus di peringkat global. 

Dari segi angka total pula, Porcshe AG telah membuat penghantaran sekitar 63,500 kenderaan di serata dunia menyaksikan peningkatan sebanyak enam peratus berbanding tahun lalu.

Ini adalah tempoh yang paling berjaya dalam sejarah Porsche. Perkembangan jualan pesat adalah dari beberapa pasaran utama seperti AS, Eropah dan juga Jerman.

BACA: PORSCHE UNTUNG BESAR, PEKERJA TERIMA BONUS KHAS SEHINGGA RM46,000

Selain Macan dan siri 911, Panamera turut mencatat jualan positif. Dalam tempoh suku pertama tahun ini, pasaran AS paling berkembang pesat melalui jualan sekitar 14,000 unit dengan 10 peratus peningkatan.

Prestasi jualan Panamera baharu yang diperkenalkan pada 2017 adalah paling bagus dengan peningkatan sebanyak 200 peratus. Varian Panamera hibrid pula mendapat sambutan hangat di Eropah apabila lebih dari 60 peratus jualan memilih varian tersebut.

Nampaknya semua berjalan lancar untuk Porsche dan berkemungkinan tinggi Kumpulan VW akan meraih lebih keuntungan apabila Lamborghini Urus – super SUV kedua syarikat mula menemui pelanggan di serata dunia.

VW Group is King!!!

Berikut ialah butiran jualan Porsche dari Januari hingga Mac 2018:
 
Pasaran
January – Mac
2018
2017
Perbezaan
Global
63,478
59,689
+6%
Eropah
20,601
19,084
+8%
   Jerman
7,724
7,160
+8%
Amerika
16,598
15,099
+10%
   AS
13,954
12,718
+10%
Asia-Pasifik, Afrika dan Timur Tengah
26,279
25,506
+3%
   China
18,672
18,126
+3%
Google ads
Back to top button