Artikel Pilihan

AUDI S1 EKS RX QUATTRO – LAJU KE TAK NI?

Jenama Audi barangkali agak sedikit janggal kedengaran jikalau hendak dikaitkan dengan dunia perlumbaan rali Sebagai pengeluar kereta mewah, aksi kereta Audi hanya boleh dilihat dalam perlumbaan dalam kelas tersendiri, seperti DTM dan Audi R8 LMS Cup.

BACA : KERETA RALI SUBARU WRX STI 2017

BACA : TEAM PEUGEOT TOTAL BERSEDIA UNTUK MUSIM BAHARU FIA WORLD RX DENGAN PEUGEOT 208 WRX

Tapi tahukah bahawa suatu ketika dahulu Audi juga pernah berlumba dalam perlumbaan rali dengan kereta  Audi Quattro. Dan apabila Audi menyedari bahawa mereka tidak mempunyai wakil dalam perlumbaan rali, maka Audi S1 telah dipilih untuk mewakili mereka.

Asalnya, Audi S1 ini adalah sebuah model hatchback berprestasi tinggi yang paling kecil dalam keluarga Audi S dengan enjin 2.0 liter. Memang laju dah asalnya.

Sebelum ini, Audi S1 EKS RX generasi pertama ini berlumba dengan bantuan secara indie dalam perlumbaan WRX . Semenjak 2014 lagi sebetulnya kereta ini telah berada di litar lumba rallycross.

Namun barangkali Audi mula menyedari potensi yang bagus untuk penjenamaan, maka bermula 2018 mereka sudi untuk menjadi rakan rasmi melalui Audi Sports dan bergabung dengan pasukan yang berpangkalan dari Sweden ini.

Memandangkan ini adalah tahun pertama Audi Sport terlibat secara rasmi dengan pasukan EKS, maka pihak Jurutera telah menyediakan dua buah kereta dan enjin baharu bagi kegunaan perlumbaan musim 2018. Ini termasuklah penambahbaikkan aerodinamik serta rekaan Wing baharu yang kompleks yang mana terbukti bagi memberikan downforce yang diperlukan.

Malah hasil kerja Jurutera Audi Sport tidak henti di situ sahaja, mereka telah memposisikan semula kedudukan enjin dua liter turbo. Sistem anti lag turut dipasang buat pertama kali bagi memastikan enjin kekal pada prestasi optimum.

Kehandalan Jurutera Audi juga agak gila dimana mereka telah mengoptimakan segenap peluang dan ruang bagi sistem penyejukkan enjin. Saluran udara kini terletak dibahagian bumbung dan tingkap belakang. Lari dari tipikal kereta lumba rallycross yang lain.

Hasilnya, enjin ini mampu menghamburkan kuasa 580hp dengan daya kilas  700 Nm. 2.5 saat sahaja dah cecah 100km/k. Serupa jet pejuang dia punya pergi. Berat kereta pun ringan sahaja, 1.3 tan termasuk pemandu. Kalau joki dia Brader Karrager, mau kena buang besi rollcage sama tanggal pintu nak kasi berat kereta kekal 1.3 tan.

Cuma top speed dia setakat 210km/j sahaja. Iyalah, kereta lumba rali sebegini jarang sangat dapat tarik lama. Tahu-tahu sahaja dah sampai selekoh membelok.

Dan untuk 2018 ini, pemandu merangkap pemilik pasukan, Mattias Ekström bakal bergandingan  Andreas Bakkerud bagi memandu kereta lumba Audi ini dalam persaingan  FIA World Rallycross Championship 2018 ini.

Google ads

B K

Back to top button