Buletin

TERPAKSA KOREK TABUNG ANAK, POLIS TOLONG BAYARKAN SAMAN PEMANDU BECA

Seorang lelaki dilapor terpaksa mengambil duit syiling dalam tabung milik anaknya untuk membayar saman kerana melakukan kesalahan lalu lintas ketika memandu beca bermotor atau autorickshaw.

Insiden menyedikankan itu berlaku kerana Rohit Khadse tidak lagi mempunyai wang dan perlu membayar saman bagi menuntut semula kenderaannya yang dirampas polis. Rohit terdesak menuntut kenderaannya kerana hanya itulah sumber rezekinya sekeluarga.

Rohit dikatakan datang ke balai untuk membayar saman dengan membawa beg plastik duit syiling berjumlah 2,000 rupee (kira-kira RM114) namun ditolak kerana syiling itu terlalu banyak.

Khadse kemudian menghampiri seorang pegawai kanan polis di Bahagian Lalu Lintas Sitabuldi, Ajaykumar Malviya sambil menangis. Dia sedia membayar denda da  merayu kenderaannya dikembalikan. Melihat beg plastik berisi duit syiling, Malviya memeriksa kesalahan dilakukan Rohit.

Selepas mengetahui mengenai masalah kewangan dihadapi Rohit, Malviya bukan hanya mengembalikan wang anak lelaki itu, tetapi membantu membayar samannya.

Kisah itu tular selepas dikongsikan di Facebook rasmi Polis Nagpur dan rata-rata netizen memuji keprihatinan pegawai polis berkenaan.

Menerusi kenyataan akhbar Polis Nagpur, anggota polis trafik mendenda pemandu beca bermotor itu pada 8 Ogos kerana meletakkan kenderaannya di zon tanpa tempat letak kenderaan. Oleh kerana lelaki itu mempunyai tunggakan saman, maka polis merampas kenderaannya. – Harian Metro 

Google ads
Back to top button