Motosikal

NENEK BARU DAPAT LESEN. BINGUNG TERIMA 14 SAMAN DI BANDAR TIDAK PERNAH DIKUNJUNGI

Seorang nenek terkejut apabila menerima 14 saman kerana menunggang motosikal melebihi had laju di bandar Swansea, Selatan Wales.

Lebih memeningkan kepala, Karen Goode tidak pernah mengunjungi bandar tersebut kerana baru lulus ujian lesen pada Disember tahun lalu.

Menurut pihak berkuasa, tindakan Karen melanggar had laju dirakam sebanyak 14 kali melalui kamera sejak lima bulan lalu.

Mereka mendakwa, wanita terbabit menunggang lebih dua kali ganda daripada had laju yang dibenarkan di kawasan berkenaan.

Dia yang  berasal dari Northampton masih takut mengendali motosikal Honda 125 cc dimilikinya mendakwa kemungkinan besar nompor plat jentera itu diklon pihak tidak bertanggungjawab.

Bahkan, ibu kepada dua anak dan empat cucu itu tidak dibenarkan menggunakan laluan lebuh raya apabila menunggang motosikal dan sentiasa ditemani suaminya dari belakang.

Polis Wales Selatan ketika dihubungi portal berita Wales Online menyatakan pihak syarikat GoSafe yang bertanggungjawab dalam isu tersebut kerana ia mengendalikan kamera mengesan had laju itu.

Jurucakap syarikat itu menyatakan bahawa jika terdapat aduan tentang nombor pendaftaran kenderaan diklonkan, pihaknya akan menyiasatnya dengan lebih lanjut. –Mirror

Google ads
Back to top button