
CAMPER TESLA CYBERTRUCK, CYBERLANDR TERIMA PRA-TEMPAHAN RM339 JUTA. BOLEH DILIPAT, ADA SISTEM SOLAR
Sebuah syarikat yang membangunkan pop-up camper (khemah) untuk Tesla Cybertruck mendakwa sudah menerima pra-tempahan bernilai AS$80 juta (RM339 juta).
Khemah yang diberi nama CyberLandr itu dihasilkan oleh syarikat Stream It yang pada asalnya merupakan pakar dalam bidang kepintaran buatan (AI) dan perisian. Namun, ia dilihat berjaya menghasilkan aksesori yang cukup diminati oleh ramai individu yang menempah Cybertruck.
Ketua Pegawai Eksekutif Stream It, Lance King memberitatu dia terfikir tentang CyberLandr selepas menempah Cybertruck dan menyedari tidak ada RV atau camper yang sesuai dengan reka bentuk trak pikap yang unik itu. Walaupun syarikatnya tiada pengalaman membina camper, tetapi dia yakin ia satu perkembangan yang positif.

King mendakwa dalam bulan pertama CyberLandr didedahkan, pihaknya telah menerima 1,000 tempahan. Ia angka yang sangat banyak apatah lagi harga camper itu ialah sekitar AS$50,000 (RM212,000), lebih mahal berbanding harga Cybertruck sendiri.
Stream It memanfaatkan kepakarannya dalam perisian untuk membangunkan camper berkenaan. Pelbagai ciri seperti lampu, paip air dan suhu boleh dikawal melalui suara. Ia dilengkapi sebuah televisyen bersaiz 32 inci dengan ruang utama boleh ditukar menjadi dapur, pejabat dan bilik tidur.

Ciri-ciri lain termasuklah pemanas lantai, bilik air kecil dan kaca pintar. Camper yang boleh dilipat itu dikuasakan oleh pek bateri dan sistem solar berkuasa 500 watt. Penggunaan bateri itu mungkin mengurangkan jarak Cybertruck sebanyak lima peratus.
Biarpun Tesla menangguhkan produksi Cybertruck sehingga tahun depan, Steam It dilihat sibuk meneruskan pembangunan CyberLandr.
- BACA: INILAH KERETA-KERETA YANG MENJADI SUMBER INSPIRASI ELON MUSK UNTUK TESLA CYBERTRUCK
- BACA: TESLA CYBERTRUCK KONFEM TAK LEPAS KE EROPAH
- BACA: TESLA DAN SAMSUNG TANDATANGANI PERJANJIAN BERNILAI RM1.8 BILION. BEKALKAN KAMERA UNTUK CYBERTRUCK
- BACA: TESLA SUDAH TERIMA LEBIH 1.25 JUTA PRA-TEMPAHAN CYBERTRUCK!