Artikel Pilihan

MEMPERKENALKAN JAGUH BARU LITAR NURBURGRING: TUK-TUK!

Minggu lepas satu rekod baru telah dicatatkan di Nurburgring tetapi ianya adalah jauh berbeza berbanding rekod yang dicatatkan oleh Porsche 911 GT2 RS dan jauh sekali mampu menandingi rekod Porsche 919 hibrid sebelum ini.

Ia juga jauh berbeza dengan rekod yang dicatatkan oleh mana-mana kenderaan EV kerana ia berada dalam kategori lain. Pemegang rekod kali ini ialah sebuah tuk-tuk, sebuah kenderaan penumpang 3-roda yang memang lejen di Bangkok, Thailand. Ingat cerita Ong Bak? Ya ini ialah tuk-tuk yang sama.

Dalam satu siaran akhbar, pasukan di sebalik catatan rekod tersebut memberitahu yang mereka telah mengimport sebuah tuk-tuk dari Thailand 3 tahun lepas dan sejak itu mula menyiapkannya untuk cabaran besar tersebut. Bayangkan sebuah ‘beca’ roda tiga nak menakluk litar yang digelar neraka hijau oleh para pelumba sejak berpuluh tahun lamanya.

Ujian dilakukan oleh seorang pemandu lengkap berpakaian sut perlumbaan ala ‘The Stig’ dan dua orang penumpang di bahagian belakang. Kira simulasi tuk-tuk sebenar di Thailand juga la ni. Dan hasilnya ialah catatan masa sepusingan terbaik 31 minit 49.46 saat yang sangat tidak memberansangkan tapi menjadikannya tuk-tuk terpantas di Nurburgring (kecuali jika ada tuk-tuk lain berjaya mengatasinya selepas ini.

Menurut salah seorang penumpang, tuk-tuk tersebut memang sangat tidak stabil dan kadang kala selekoh diambil dengan hanya dua roda sahaja. Jangan harap kami akan melakukannya lagi kerana ia sangat-sangat tidak stabil. Aik, baru tahu ke?

Toyota Avanza – MREC – Desktop

Rekod tersebut berjaya dicatat pada 23 Mei lepas tapi sebenarnya mereka mula mencuba untuk menakluk The Ring sejak tahun lepas tetapi ditimpa masalah teknikal di dalam litar. Untuk memastikan tuk-tuk tersebut berjaya menempuh pelbagai deraan dan cabaran dalam satu pusingan penuh, mereka telah menaik taraf pelbagai komponen enjin antaranya ialah dengan penggunaan forged piston. Ia dihasilkan dan dipasang oleh syarikat yang juga berkhidmat dengan Koenigsegg. Jangan main-main tau.

Jumlah kuasa kuda yang dimiliki oleh tuk-tuk tersebut kekal rahsia tapi berdasarkan catatan masa yang dilakukan ianya tidaklah sebanyak mana. Mungkin 3 kali ganda kuasa Demak interchange je kot?

Tags
Google ads
Back to top button