Buletin

TERPAKSA SELONGKAR LORI SAMPAH NAK CARI EMAS RM70K. NASIB BAIK JUMPA

Seorang wanita akhirnya boleh menarik nafas lega selepas barang kemas yang dibuang secara tidak sengaja oleh anaknya  berjaya ditemui semula. 

Bagi mencari barang kemas bernilai RM70,000 itu, dia berjumpa dengan beberapa orang pekerja pembersihan dan mula menyelongkar sampah daripada sebuah lori sampah. 

Dalam satu klip video yang dikongsi oleh Anuar Rani di laman Facebook, sampah yang sudah dikutip terpaksa dibuang semula ke atas jalan. Wanita itu kemudian mengambil satu kotak berwarna hijau daripada timbunan sampah dan membasuhnya dengan sabun di sebuah sinki di rumahnya. 

Dia kemudian mengeluarkan isi kotak yang mengandungi beberapa utas gelang yang dibungkus di dalam beg plastik. Sementara perakam video menganggarkan harga barang kemas itu adalah sekitar RM70,000. 

Membaca komen yang ditulis oleh netizen, seorang wanita mendakwa kejadian itu berlaku di Sik, Kedah. Sebagai tanda terima kasih, wanita itu  bercadang memberikan sedikit sagu hati kepada pekerja yang membantunya. 

“Alhamdulillah rezeki milik kakak ini, benda tidak sengaja bukan sengaja mahu buang, lepas ini perlu beringat,” nasihat Ifa Sofi. “Alhamdulillah syukur, masih menjadi rezeki tuannya,” doa Mariam Ahmad.

“Harap kakak itu bagi upah kepada pekerja pembersihan yang mencarikan barang kemas itu,” kata Sham Suri. – K! ONLINE

Google ads
Back to top button