Buletin

MBPP AKAN AMBIL TINDAKAN TEGAS KE ATAS PEMANDU BEZZA BUANG SAMPAH DI ATAS JALAN

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan mengambil tindakan tegas ke atas seorang lelaki yang dilihat membuang sampah dari keretanya seperti yang tular di media sosial. 

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas terhadap satu video yang menunjukkan lelaki berkenaan membuang sampah di atas jalan ketika membersihkan keretanya yang diparkir di Jalan Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang. Selepas selesai, dia dengan selamba memandu kereta dan membiarkan sampahnya bertaburan di atas jalan. 

MBPP menegaskan pihaknya memandang serius isu tersebut dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana individu yang mengotorkan bandaraya itu. Pembuangan sampah di tempat awam merupakan satu kesalahan di bawah Akta Jalan, Saliran dan Bangunan 1974. 

Jika didapati bersalah, mereka boleh didenda maksimum RM500 untuk kesalahan pertama dan RM1,000 bagi kesalahan seterusnya. 

MBPP turut menggesa orang ramai supaya menjadi mata dan telinga mereka bagi memasikan kebersihan bandaraya itu sentiasa terpilihara. – The Star 

Google ads
Back to top button