
NISSAN UMUMKAN RANCANGAN UNTUK KITAR SEMULA MOTOR ELEKTRIK
EV adalah jauh lebih bersih berbanding dengan kereta yang menggunakan enjin petrol ataupun diesel kerana ia langsung tidak membebaskan bahan cemar sewaktu beroperasi. Ia boleh dicaj dari sumber elektrik yang boleh diperbaharui seperti dari stesen janakuasa hidroelektrik, turbin dan juga solar.
Pada masa yang sama pengeluar juga sedang berusaha menggunakan logam yang lebih bagus bagi menggantikan logam kobalt. Bagi meneruskan usaha ini Nissan dan Universiti Waseda sedang membangunkan satu proses bagi mengitar semula logam yang sukar ditemui dan digunakan pada motor elektrik dalam usaha mengurangkan impak pada alam sekitar
Dalam pembuatan EV, logam logam yang digunakan oleh pengeluar memiliki satu sifat luar biasa iaitu ia menghasilkan medan magnet yang merupakan elemen penting dalam penghasilan motor elektrik. Antara cabaran utama dalam melombong logam yang menghasilkan magnet ini ialah ia sukar ditemui dengan banyak pada satu lokasi
Antara nama-nama logam ini ialah Scandium, Yttrium, Terbium, Holmium, Erbium dan Thulium memang kedengaran sangat asing pada kita dan juga disebut sebagai “rare metal earth”. Logam-logam ini akan digunakan sebagai elemen utama pembuatan magnet yang akan digunakan untuk menghasilkan motor elektrik.

Walaupun logam ini dikelaskan sebagai “rare metal earth” tapi ia sebenarnya 200 kali lebih senang untuk ditemui berbanding dengan emas, tapi ia aka dijumpai pada skala yang sangat kecil dan berterabur di banyak tempat. 90% logam-logam ini berada di China yang menyebabkan isu geopolitik mengambil tempat.
Proses penulenan logam ini juga akan membebaskan banyak bahan cemar yang lain selain daripada gas karbon dioksida dalam kuantiti yang sangat banyak. Jadi bagi menyelesaikan isu ini, Nissan bercadang untuk mengitar semula logam ini daripada motor elektrik EV lama yang tidak digunakan
Proses ini melibatkan proses pyrometallurgy dimana magnet tadi akan dileburkan bersama keluli dan karbon pada suhu 1400 darjah Celcius. Unsur borat akan ditambah pada akhir proses bagi memisahkan logam car ini kepada 2 bahagian. Satu bahagian rare metal earth dan satu lagi unsur byproducts.
Nissan mendakwa proses kitar semula ini adalah 50% lebih pantas berbanding dengan kaedah konvensional dan mampu menyelamtakan 98% rare metal earth daripada terbuang ke alam sekitar, dan mengurangkan pencemaran.