Buletin

BERUANG ‘TUMPANG’ LORI SAMPAH SAMPAI BALAI POLIS. NAK BUAT REPOT KE TU?

Polis Pennsylvania, Amerika Syarikat membantu para pekerja sanitasi apabila lori sampah yang tiba di balai polis ‘ditumpang’ seekor beruang.

Jabatan Polis Kidder Township memuat naik gambar kejadian berkenaan di laman Facebook menunjukkan beruang tersebut berada di atas lori sampah apabila memasuki kawasan parkir.

“Kita hanya boleh membuat andaian, beruang berkenaan sudah bosan mencari makanan di tong sampah kecil dan ingin mendapat ‘habuan’ lebih besar,” kata pegawai Vincent Murrow pada WNEP-TV.

Pihak polis memberitahu lori terbabit mengundur berdekatan sebatang pokok dan beruang itu turun dengan selamat. – agensi.  

Google ads
Back to top button