Buletin

TGR PENANG START HARI NI! MAI LA DATANG!!!!

Pusingan ketiga Karnival Toyota Gazoo Racing Festival bermula hari ini dengan penampilan para pelumba bagi merebut kejuaraan seterusnya. Sekali lagi Stadium Batu Kawan berjaya menarik perhatian warga Utara dalam cuaca panas terik.

Kelas Super Sporting, Sporting dan Promotional menyaksikan pertarungan sengit bagi kesemua pelumba sementara dua pusingan sebelum ini di Kuala Terengganu dan Bandar Malaysia. Semua pelumba perlu merebut mata berharga di sini bagi mendapatkan posisi terbaik sebelum pusingan akhir yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.

Dalam kelas Super Sporting untuk pelumba profesional, Raja Drift, Tg Djan Ley mendahului pelumba lain dengan kutipan 36 mata sementara di tempat kedua ialah pelumba Laser Motor Mark Darwin diikuti Kenny Lee di tempat ketiga.

Masih mendahului bagi kelas Promotional, selebriti Nabil Ahmad mempunyai kelebihan empat mata di hadapan Shawn Lee 28 mata dan penyanyi Khai Bahar di tempat ketiga. Seramai 10 orang selebriti mengambil bahagian dalam pusingan kali ini termasuklah Diana Danielle, Shukry Yahya, Nabila RazaliWany Hasrita, Ain Edrucedan Syafiq Kyle.

Google ads
Back to top button