
KARNIVAL HONDA 900K DI BUKIT JALIL. DATANG SEKARANG ATAU ANDA AKAN MENYESAL!
Ketika Honda mengumumkan kempen “Road to 900K” Julai lalu, kami menganggapnya sebuah kempen biasa-biasa sahaja. Honda biasa buat dan Honda juga akan buat selalunya untuk pelanggan mereka.
Namun apabila satu demi satu siaran media diberikan baru kami sedar bahawa skala kempen ini sangat besar. Mereka bukan sahaja memberi 9 buah kereta Honda kepada pemenang bertuah, malah Honda Malaysia turut meraikan pelanggan mereka dalam satu karnival besar-besaran di Kawasan Letak Kereta A&B, Stadium Nasional Bukit Jalil.
Karnival yang berlangsung dua hari bermula hari ini dan esok (10.30 pagi – 7.00 petang) ini juga bukan sahaja mempamerkan kereta Honda semata-mata, mereka juga meraikan pemenang bertuah serta pelbagai aktiviti disediakan kepada pengunjung yang hadir.
Honda Malaysia menjemput semua untuk sama-sama meraikan jualan ke-900,000 unit dalam tempoh 17 tahun menerusi acara Kempen “Road to 900,000th Unit Milestone” Grand Finale.
Honda Malaysia melancarkan kempen itu dengan tagline “Terima Kasih 900K” pada Julai lalu sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia yang menyokongnya selama ini.
“Kami menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan dari seluruh negara. Justeru, kami akan mengadakan majlis Grand Finale dan menyerahkan sembilan kereta kepada pemenang.
‘Kami juga mempamerkan Civic baharu ,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Ekskutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.
Pengunjung dihiburkan dengan pelbagai aktiviti yang informatif dan menyeronokkan. Dengan “Frontier of Innovation” anda boleh merasai sendiri banyak teknologi tercanggih seperti pengimbas x-ray Sport Hybrid i-DCD, Sport Hybrid i-DCD dan VTEC Turbocharged Game Tower.
Semua kemudahan ada di sini, gerai makanan pelbagai, kemudahan tandas dan surau, tempat pameran berhawa dingin dan juga paling mengejutkan bila kami datang tadi ialah sebuah gelungsur air gergasi! tak payah pergi Sunway Lagoon dah ni!
Kepada anda yang ada di kelapangan, bolah datang ke sini dan penuhi aktivi hujung minggu bersama keluarga!
GALERI