Motosikal

HULALA BIKE FIESTA KEMBALI SEPTEMBER INI DENGAN LEBIH BANYAK PROMOSI ISTIMEWA

Hulala Bike Fiesta 2024 menanti peminat dua roda pada 7 hingga 8 September ini bertempat di Penang Juru City Concept Hall. 

Program anjuran bersama GB Motorcycles Sdn Bhd dan Sheng Fatt Motor ini bertujuan meraikan peminat motosikal dengan menawarkan pelbagai tawaran serta aktiviti menarik. 

Lebih menarik, pengunjung juga berpeluang untuk menguji motosikal terpilih serta menikmati pelbagai promosi istimewa berupa aksesori motosikal yang akan ditawarkan serendah RM1! 

“Kami teruja untuk melancarkan Hulala Bike Fiesta 2024 sebagai acara utama untuk peminat motosikal. 

“Fiesta tahun ini bukan sekadar mempamerkan motosikal dan gear motosikal malah meraikan komuniti dua roda di Malaysia. 

“Kami telah berusaha keras bagi memastikan program ini membariskan pelbagia jenama dan tawaran mmenarik di samping memberi jaminan setiap pengunjung akan menjumpai sesuatu yang diidamkan,” jelas Kheoh Hock Seng, Pengarah Urusan GB Motorcycles dan Sheng Fatt Motor. 

Google ads
Back to top button