Motosikal

HARLEY-DAVIDSON ELECTRA GLIDE STANDARD 2020. ENJIN MILWAUKEE-EIGHT. RM132,400 SEUNIT

Harley-Davidson Malaysia hari ini melancarkan Electra Glide Standard ke pasaran tempatan secara rasmi.

Dikuasakan oleh enjin Milwaukee-Eight 107 jentera itu direka untuk mereka yang maukan sebuah jentera touring sebenar.

Electra Glide Standard ditawarkan pada harga RM132,400 seunit. Model asas itu memberi peluang kepada pemiliknya untuk melakukan modifikasi mengikut kecederungan masing-masing.

Electra Glide Standard tampil dengan gayaan signatur Harley-Davidson seperti fairing besar, kemasan krom, bag sisi standard dan rim aluminium.

Bagi memberikan pengalaman menunggang yang mengujakan, jentera itu dilengkapi pelbagai teknologi terkini.

Antaranya ialah kawalan jelajah elektronik, penyerap hentak boleh laras, fork hadapan 49mm bersama injap suspensi berkembar, brek Brembo dan pilihan sistem ABS.

Ciri paling utama ialah enjin Milwaukee Eight bersesaran 1,750cc yang mampu menjana kuasa 92.5hp. Enjin baharu itu dikatakan jauh lebih berkuasa dan kurang panas berbanding enjin sebelumnya.  

GALERI

Google ads
Back to top button