Buletin

MESIN PERMAINAN TOPENG MUKA DIRAMPAS

Bencana penularan wabak Covid19 menyebabkan banyak orang cuba mengambil kesempatan. Terutamanya diatas kesukaran untuk mendapatkan bekalan topeng muka serta hand sanitizer.

Ia memberi idea pada sesetengah orang untuk membuat perniagaan samada mematuhi undang-undang atau sebaliknya, tidak lagi menjadi pertimbangan.

Beberapa hari lalu, seorang wanita kerugian lebih RM50,000 kerana ditipu peniaga topeng muka dalam satu pesanan aplikasi whatsapp.

Ini pula berita yang berlaku diPulau Pinang. Portal berbahasa Cina, Oriental Daily melaporkan, daripada menjalankan permainan “mesin patung”, peniaga telah mengubahsuai mesin permainan menjadi “mesin penutup muka”.

Pengguna boleh mencuba nasib untuk mengepit penutup muka dengan setiap percubaan dikenakan bayaran RM3.

Setiap bungkusan dalam mesin yang diletakkan di Simpang Ampat, Seberang Perai itu dimuatkan sebotol hand sanitizer dan tiga keping penutup mulut.

Meskipun premis kedai telah ditutup di bawah Perintah Kawalan Pergerakan, tetapi tiga unit mesin permainan tersebut telah diletakkan di ruan hadapan kedai dengan dua mesin menawarkan alat permainan, perhiasan dan makanan ringan, tetapi mesin ketiga menyediakan penutup mulut yang dicari ramai orang.

Bagaimanapun mesin-mesin tersebut telah disita oleh pihak berkuasa perbandaran pada Isnin selepas menerima aduan daripada seorang wakil rakyat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tambun berkata, mesin berunsur hiburan itu tidak dibenarkan beroperasi di bawah perintah kawalan pergerakan.

Katanya, selain berkemungkinan menyebabkan orang ramai berkumpul, mesin itu juga menyumbang kepada penularan penyakit kerana pengguna mungkin menekan butang pada mesin tanpa melakukan pembersihan tangan.

KREDIT: MALAYSIA GAZETTE

Google ads
Back to top button