Buletin

TOYOTA CAMRY TRD – INI BARU RANGGI!

UMW Toyota baru sahaja menawarkan kepada pengguna untuk membuat tempahan model hangat iaitu Toyota Camry serba baharu. Harganya tinggi jika dibandingkan dengan pesaing lain tetapi satu perkara ialah Toyota mempunyai reputasi dan penjenamaan yang kuat.

Tidak seperti Honda, Toyota masih cenderung untuk memasarkan model global dalam beberapa gayaan dan ini boleh dilihat melalui Camry dan Corolla baharu. Versi Amerika Syarikat dan China mempunyai gayaan berbeza.

Di AS Camry dilihat lebih agresif manakala versi pasaran China dan Malaysia pula tampak lebih matang.

Maklumlah di AS Camry digunakan di litar lumba dan menariknya selepas model baharu diperkenalkan pada tahun ini, jualan varian SE dan XSE yang sporti terus meningkat naik.

Bagi meneruskan momentum tersebut Toyota melancarkan Camry TRD. Ini bukan model komestik sahaja kerana ia turut melibatkan perubahan pengendalian dan pemanduan serta sistem ekzos.

Kerja-kerja pembangunan pengendalian pula bukan dibuat cincai, ia dibuat di tiga lokasi iaitu di Amerika Syarikat dan Jepun.

Gayaan aerodinamik dibuat oleh Calty iaitu studio reka bentuk Toyota di AS manakala pembaikan chasis dilakukan oleh Toyota Racing Development (TRD).

Berikut ialah ciri-ciri yang terdapat pada Toyota Camry TRD USDM:

  • Dikuasakan enjin 3.5 liter V6 301 hp dengan transmisi automatik 8AT
  • Ekzos berkembar cat-back yang dibuat khas dengan bunyi dan respon pedal lebih sporti.
  • Muncung peredam bunyi bes anti karat TRD
  • Rim aloi 19 x 8.5 inci dengan setengah inci lebih lebar berbanding rim aloi 19 x 8 inci pada varian XSE. Rim baharu ini 1.4 kg lebih ringan berbanding rim sedia ada.
  • Dipadankan bersama tayar Bridgestone Potenza 235/40R19.
  • Spring yang lebih kenyal dengan palang oleng lebih tegar sebanyak 44 peratus di depan dan 67 peratus di belakang.
  • Penyerap hentak TRD khas untuk kualiti pemanduan ala TRD.
  • Badan kereta 0.6 inci lebih rendah.
  • Jurutera TRD membangunkan dinamika model ini di Pusat Ujian Toyota di Arizona, Pusat Ujian TMC Higashi-Fuji dan MotorSport Ranch di Texas
  • Pendakap bahagian bawah badan yang menambah ketegaran torsi.
  • Cakera depan lebih besar dengan diameter 12.9 inci dan dua angkup omboh. Cakera brek varian XSE berukuran 12 inci dengan satu angkup omboh.
  • Keupayaan brek ditingkatkan supaya sepadan dengan prestasi baharu Camry TRD.
  • Calty telah mereka bentuk kit badan aerodinamik yang terdiri daripada splitter depan, skirt sisi, spoiler but dan peresap belakang.
  • Kerusi yang dibalut material Black Sport SofTex®  dengan kemasan merah dan logo TRD
  • Stereng turut dikemaskan dengan sulaman merah dan tali pinggang keledar juga berwarna merah
  • Tombol gear dan pelapik kaki dan but TRD
  • Grafik penghidup enjin TRD pada bahagian meter

Toyota Camry TRD USDM memang menarik cuma jika mengikut trend tempatan, UMW Toyota memposisikan Camry sebagai sebuah sedan eksekutif. Dalam hal ini ETCM dilihat lebih berani apabila menawarkan Nissan Teana talaan IMPUL, Honda juga menarik dengan kit badan Modulo.

BACA: JARANG-JARANG BOLEH JUMPA – TOYOTA STARLET EP82

BACA: TOYOTA COROLLA TOURING SPORTS – KELAHIRAN SEMULA CALDINA?

Google ads
Back to top button