Artikel Pilihan

LEWIS HAMILTON – LAGENDA F1 YANG PATUT KITA KENALI

Sudah terang lagi bersuluh. Kini Lewis Hamilton sudah dianggap sebagai lagenda yang masih hidup. Lewis Hamilton adalah juara lima kali Formula 1 dalam sepanjang kerjaya beliau sebagai pemandu F1. Lewis Hamilton cuma ketinggalan dua lagi kejuaraan sahaja untuk menyamai rekod tujuh kali yang dipegang oleh Michael Schumacher.

BACA : ALKISAH NICOLAS HAMILTON DAN SAINGAN UK CLIO CUP

BACA : LEWIS HAMILTON MENGHAMPIRI GELARAN F1 KELIMA

Tanggal 7 Januari 1985, seorang wanita berkulit putih Britain, Carmen telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Lewis Carl David Hamilton sebagai putera sulung hasil perkahwinan campur bersama Anthony Hamilton, seorang pemuda berkulit hitam juga dari Britain. Malangnya, jodoh perkahwinan mereka tidak panjang. Hak penjagaan Lewis diberikan kepada Carmen. Sewaktu Lewis hendak mengambil UPSR, barulah beliau tinggal bersama bapanya pula untuk meneruskan kehidupan.

Minat Lewis terhadap dunia perlumbaan bercambah apabila ayahnya menghadiahkan beliau sebuah kereta lumba kawalan jauh (RC). Menariknya Lewis berjaya menduduki tempat kedua ketika bertanding dalam British Radio Car Association (BRCA). Sebagai budak lelaki yang berusia enam tahun, pencapaian itu sudah dikira cukup handal.

Dan sewaktu berusia lapan tahun, Lewis telah pun diberi peluang untuk berlumba dalam karting dan berjaya memenangi kelas Cadet. Pada tahun 1998, peluang untuk Lewis Hamilton menjejakkan kaki ke F1 semakin hampir apabila beliau dilamar oleh Ron Dennis selaku pemilik McLaren ketika itu sebagai Young Driver Support Programme. Dengan sokongan dan bantuan daripada McLaren, Lewis berjaya memenangi Kejuaraan Karting Dunia dan Eropah pada ketika itu.

Dan kerjaya lumba satu tempat duduk Lewis Hamilton terus berada pada landasan yang sepatutnya apabila beliau menyertai Manor Motorsport untuk bertanding dalam Formula Renault UK pada tahun 2002. Keputusannya? Tempat ketiga keseluruhan dengan berjaya mengutip 274 mata hasil daripada tiga kemenangan pusingan dan beberapa podium.

Setelah berlumba dalam saingan Formula Three dan GP2, Lewis Hamilton akhirnya membuat debut dalam saingan F1 pada tahun 2007 di Australia dan berjaya mendapat podium ketiga. Satu pencapaian yang cukup bagus bagi seorang rookie. Dan prestasi Lewis untuk musim pertamanya dalam saingan F1 sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila menduduki tempat kedua keseluruhan dengan pungutan 109 mata.

Dan Lewis tidak menunggu lama apabila berjaya merangkul kejuaraan F1 tahun 2008. Tahun tersebut saingan boleh dianggap sebagai sengit antara beliau dan juga Felipe Massa apabila hanya dipisahkan dengan satu mata sahaja bagi menentukan kejuaraan di akhir musim.

Dan nama Lewis Hamilton kini terus menjadi ancaman besar dalam saingan F1 apabila beliau berjaya dinobatkan sebagai juara buat kali kelima dalam sejarah setelah tamat saingan di Brazil bulan sudah. Sebetulnya kejayaan Lewis Hamilton ini juga cukup signifikan kepada buat kita secara amnya dan Petronas khususnya. Siapa kata pelaburan juta – juta tidak boleh menghasilkan keuntungan bilion bilion. kan?

Tahun depan kita tengok, mampukah pelumba muda seperti Max Verstappen pula mencabar si Lewis ini.

Google ads
Back to top button